tas tas tas tas
loading...

Sunday 7 September 2014

Wan Azizah perlu diberi peluang


GEORGETOWN - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu diberi peluang untuk menunjukkan kewibawaannya menerajui Selangor sebagai menteri besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Wan Azizah perlu diberi peluang walaupun belum menampakkan kredibilitinya dalam mentadbir sesebuah negeri.

Beliau berkata, DAP tetap menyokong Wan Azizah untuk calon Menteri Besar Selangor kerana mempunyai kemampuan untuk mentadbir negeri.

"Tambahan pula, beliau berada dalam PKR sejak tahun 1999. Saya tidak nampak apa yang dimaksudkan dengan baru belajar dunia politik. Kemampuan itu adalah subjektif, kita boleh lihat selepas beliau mentadbir Selangor.

"Beri beliau peluang untuk menunjukkan kemampuannya. Saya dulu pun, semasa dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, pengetahuan serta kemampuan dalam politik sangat sedikit tetapi akhirnya PR memperolehi majoriti paling tinggi ketika pilihan raya umum lalu," katanya kepada media selepas menghadiri Karnival Makanan di Rumah Orang Tua Silver Jubliee, di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, dari segi pendidikan, Wan Azizah dilihat layak kerana mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat baik.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan keengganan Pas menuruti kehendak rakan PR, PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender sebaliknya menyifatkannya tidak layak untuk memikul tugas berkenaan kerana kredibilitinya.

Abdul Hadi berkata, Wan Azizah belum cukup bersedia untuk memimpin kerana dilihat baru belajar mengenai dunia politik.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...