tas tas tas tas
loading...

Sunday 28 September 2014

Hack Mesin ATM Dengan Sim Kad

Hack Mesin ATM Dengan Sim Kad


Kuala Lumpur: Empat mesin juruwang automatik ATM sebuah bank iaitu dua di di Subang Jaya dan Petaling Jaya serta dua lagi di Johor Bahru digodam rakyat asing dipercayai dari Amerika Latin, menggunakan kad SIM telefon bimbit dan berjaya melarikan hampir RM1 juta, semalam.

Setakat ini polis mengesahkan jumlah wang tunai yang hilang daripada tiga ATM terbabit lebih RM830,000 manakala jumlah kehilangan wang daripada satu lagi ATM di Johor Bahru belum dapat dipastikan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada kejadian di Lembah Klang serta di Johor itu dilakukan kumpulan yang sama.

Menurutnya, berdasarkan semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), anggota kumpulan itu mempunyai kepakaran untuk mengeluarkan wang di mesin ATM menggunakan kad sim syarikat telekomunikasi tempatan sebelum menggodam sistem komputer ATM menggunakan alat khas berteknologi tinggi.

Beliau berkata, suspek membuka mesin ATM menggunakan sekeping kad dipercayai kad sim telefon sebelum menarik mesin ATM ke hadapan.

"Seterusnya suspek menggunakan alat khas untuk menggodam sistem mesin ATM terbabit bagi mengeluarkan wang.

"Kita akan siasat kenapa kumpulan terbabit hanya mensasarkan ATM satu bank sahaja," katanya ketika dihubungi hari ini.-HM

Friday 26 September 2014

Terbongkar nafsu serakah bapa kandung


Padang Besar: Rahsia seorang wanita yang menjadi mangsa nafsu serakah bapa kandungnya terbongkar apabila kandungan mangsa berusia beberapa bulan gugur ketika menerima rawatan akibat koma selepas memakan tapai di Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar, Ogos lalu.

Difahamkan, wanita berusia 31 tahun yang tidak bekerja itu menjadi mangsa kerakusan bapa kandung berusia 52 tahun sebanyak dua kali antara Oktober tahun lalu dan Januari lalu dalam kejadian di rumah mereka. di Bukit Keteri, di sini.


Pemangku Ketua Polis Daerah Padang Besar Deputi Superintendan Md Rafae Hassan berkata, berikutan kejadian itu, adik ipar mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kerana mangsa yang belum berkahwin tinggal bersama bapa dan ibunya yang menghidap penyakit buah pinggang di sebuah rumah, di sini. -HM

Tuesday 23 September 2014

Diterajang ketika tindih bini orang


Gombak: “Saya tergamam melihat lelaki itu dalam keadaan berbogel menindih tubuh isteri menyebabkan saya terus menyepaknya sekuat hati,” kata seorang lelaki yang sempat menyelamatkan isterinya dari diperkosa pagi semalam.

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 50-an berkata, kejadian berlaku jam 7 pagi apabila dua lelaki berusia 20-an dan 40-an menceroboh masuk kediamannya di Kampung Laksamana, di sini.
Menurutnya, insiden berlaku ketika isterinya yang berusia 50-an berada di dalam rumah bersendirian sebelum diserang kedua-dua suspek.

“Isteri saya yang ketika itu berada di ruang tamu kediamannya terus menjerit memanggil nama saya. Saya kemudian berlari masuk ke dalam rumah sebelum terkejut melihat keadaan isteri.

“Kedua-dua suspek sedang berbogel manakala seorang dari mereka sedang menindih isteri saya,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro semalam.-HM

Dijel 12 tahun Rogol Kekasih


KOTA BHARU - Padah buat seorang penganggur akibat tiga kali merogol kekasihnya, tahun lalu, dia dihukum penjara 12 tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, siang tadi.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas remaja berusia 19 tahun dari Kampung Kedondong, di sini, itu mengaku salah.

Tertuduh, Mohamad Wirayat Saiin mengaku merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun dua bulan di Kampung Bukit Mara, Banggu, di sini.

Kejadian pertama berlaku pada jam 11.30 malam, 30 September, manakala kejadian kedua berlaku pada jam 1 pagi dan 6.30 petang, 1 Oktober, ketiga-tiganya pada tahun 2013.

Pada prosiding semalam, peguam bela, Mohd Yusof Yaakub merayu bagi pihak anak guamnya supaya hukuman paling minimun dikenakan.

“Kejadian berlaku atas dasar suka sama suka dan laporan sosial juga mengambarkan tertuduh sebagai seorang yang tidak matang,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berikutan kesalahan serius yang dilakukan. -SH

Berbogel kerana dipukau

berbogel di laman sosial Skype

Ampang: Terpukau dengan tindakan seorang kenalan baru wanita yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar RM1,500.

Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.


Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.

“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.


“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya.


Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.

“Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.


“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya. -HM

Remaja 19 tahun dirogol bergilir-gilir


KOTA BHARU - Tiga termasuk seorang remaja berusia 18 tahun mengaku tidak salah atas dakwaan merogol seorang perempuan di mahkamah sesyen, di sini, semalam.


Remaja berkenaan dan dua lagi rakannya, Amirul Ashraf Mohd Nor, 21 serta Zamri Hassan masing-masing didakwa secara berasingan di hadapan Hakim, Mohd Yusoff Yunus.

Mereka didakwa pada tuduhan merogol remaja berusia 19 tahun berkenaan di sebuah rumah di Jalan Kuala Besar, Kampung Che Latiff, di sini, pada jam 12 tengah malam hingga 1 petang, 9 September 2014.

Tuduhan turut menyebut, sebelum kesalahan dilakukan, mereka didakwa meletakkan mangsa dalam ketakutan dicederakan.

Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebatan, namun pada prosiding itu, mereka mengaku tidak salah.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Ahmad Salam Yusof tidak menawarkan jaminan kepada kesemua tertuduh dan memohon penangguhan untuk mendapatkan laporan perubatan dan kimia.

Tertuduh-tertuduh yang diwakili peguam bela masing-masing bagaimanapun merayu supaya diberi ikat jamin sebelum Mohd Yusoff membenarkan remaja berkenaan dijamin RM10,000, manakala dua lagi rakannya, RM11,000. Kes bersambung 28 Oktober depan.

Jamin bersyarat tersebut terbatal jika tertuduh-tertuduh mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan.
-SH

Saturday 20 September 2014

Adam Adli dipenjarakan setahun kerana menghasut

Adam Adli Abdul Halim

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini mensabitkan bekas aktivis pelajar Adam Adli Abdul Halim bersalah atas tuduhan menghasut dan menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara.

Adam Adli didakwa kerana mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan pada satu forum 13 Mei tahun lalu apabila dia dikatakan mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Bersalah," tulisnya melalui akaun Twitternya dari mahkamah pagi ini.

“Mempunyai pandangan berbeza nampaknya merupakan satu jenayah sekarang, menurut pihak pendakwa kita," katanya menerusi akaun Twitter itu.

Pada forum 13 Mei tahun lepas, Adam Adli dilaporkan mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata:“Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya.”

Peguam N Surendran dan Latheefa Koya yang mewakili Adam Adli, 25, memohon kepada Hakim Mat Gani Abdullah supaya hukuman lebih ringan dijatuhkan.

Dalam satu reaksi awal, Human Rights Watch berkata "Dengan menghumban seseorang ke dalam penjara kerana membuat ucapan politik, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaannya menunjukkan kecenderungan autoritarian yang selalunya dikaitkan dengan pemerintahan satu parti, dan bukannya demokrasi.

"Pensabitan ini menunjukkan bahaya yang luar biasa ditimbulkan Akta Hasutan, sangat kabur hingga boleh digunakan kerajaan untuk menganggap sebarang bentuk ucapan yang dianggap menyakitkan hati sebagai satu jenayah.

"Sudah tiba masanya Najib berhenti memungkiri janji yang sering diulangnya untuk memansuhkan akta itu dan mula bekerja ke arah menghapuskan undang-undang yang penuh kebencian ini,” kata Timbalan Pengarah Bahagian Asia HRW Phil Robertson.

Adam merupakan aktivis pelajar kedua didapati bersalah dan dihukum penjara kerana menghasut.
Pada 5 September, bekas Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Safwan Anang dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur .

Safwan disabitkan kerana mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan semasa forum 13 Mei yang sama.
Ghani menjatuhkan hukuman ke atas Adam Adli mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948, tetapi membenarkan penangguhan sementara menanti rayuan dan ikat jamin RM5,000.

Ketika mitigasi, Surendran dan Latheefa membangkitkan kenyataan Jabatan Peguam Negara yang sedang dalam proses mengkaji semula beberapa dakwaan yang dibuat mengikut akta itu.

Mereka juga memetik janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan undang-undang zaman penjajah itu.

Latheefa berkata, ini adalah kesalahan pertama Adam Adli dan tidak ada yang tercedera akibat apa yang dikatakannya, menurut portal berita Malaysiakini.

Kedua-dua Latheefa dan Surendran meminta agar Adam Adli hanya didenda.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas meminta hukuman yang lebih berat dikenakan untuk menenangkan sentimen orang ramai.

Latheefa memberitahu The Malaysian Insider kemudiannya hakim masih belum menyediakan alasannya dalam menjatuhkan hukuman.

"Beliau belum lagi membacakan sebab sabitan. Beliau akan memaklumkan kami apabila ia siap. Hari ini, hakim hanya membacakan kenyataan yang Adam Adli bersalah dan menjatuhkan hukuman,” katanya.
Latheefa berkata hakim dijangka mengeluarkan alasan pensabitannya itu apabila peguam Adam Adli memfailkan notis rayuan.

"Kami akan membuat rayuan secepat mungkin. Kami mempunyai sebulan dari tarikh keputusan dibuat untuk memfailkan notis rayuan," katanya.

Keputusan hari ini membangkitkan kemarahan di kalangan pengguna media sosial, dengan ahli politik, peguam dan aktivis mengutuk hukuman itu sebagai "berlebihan". – 19 September, 2014.

Friday 19 September 2014

Remaja 16 tahun bersalin dalam tandas

Ibu terkejut anak bersalin dalam tandas

BERA - Sepasang suami isteri amat terkejut apabila anak perempuan mereka yang baru berusia 16 tahun melahirkan anak lelaki di dalam tandas rumah mereka di Felda Bandar 32 dekat sini awal pagi tadi.

Wanita tersebut mendapati anaknya itu berlumuran darah, ketika dia hendak bersolat Subuh kira-kira 5.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata bapa pelajar berkenaan kemudiannya membawa anaknya ke klinik kesihatan, sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 7.10 pagi.

Pelajar berkenaan kemudiannya dihantar ke Hospital Sultan Ahmad Shah, Temerloh.

Remaja itu dikatakan sudah mengandung sembilan bulan, tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda dia mengandung. - Bernama


Thursday 18 September 2014

Dirogol di Balai

Diperkosa polis

Kuala Lumpur: Seorang pegawai polis ditahan kerana disyaki merogol seorang wanita yang juga suspek kes curi barangan di sebuah pasar raya di ibu negara, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3 pagi wanita berusia 19 tahun itu dipercayai ditahan bersama teman lelakinya di sebuah rumah oleh suspek.

Menurut sumber, suspek dipercayai membawa mangsa ke biliknya di Balai Polis Petaling, di sini manakala teman lelaki mangsa dikatakan ditahan di lokap.

Sumber memberitahu, sebaik tiba di bilik suspek, mangsa diarahkan baring di sofa di pejabat suspek sebelum mangsa dikatakan dirogol ketika tidur.


“Mangsa membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol suspek jam enam pagi selepas dikatakan tertidur,” katanya.


Sumber berkata, suspek kemudian bertindak membawa suspek keluar daripada pejabatnya dan menghantar mangsa ke sebuah pasar raya sejam selepas kejadian.

Difahamkan mangsa yang kini dalam keadaan trauma telah dilindungi serta diletakkan di bawah penjagaan Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur. -HM


Lembu Dirogol Lahir Anak Berwajah Manusia

Lembu dirogol manusia lahir Anak Lembu wajah manusia

Emazizini: Penduduk yang kehairanan bertumpu ke rumah keluarga Sebenzile di Afrika Selatan baru-baru ini untuk melihat sendiri anak lembu yang didakwa separuh manusia.

Ramai percaya lembu diberi nama Nyamazane itu ‘dirogol’ selepas ia melahirkan anak dengan wajah manusia dan dua organ seks berbeza. Sebenzile Mlangeni, 60, dari Kampung Emazizini, memberitahu akhbar tempatan, Daily Sun, lembu itu melahirkan anaknya Ahad lalu.


“Kira-kira jam 12 tengah hari, saya melihat kaki lembu keluar dari Nyamazane. Lembu itu mengalami kesakitan yang teruk. Proses melahirkan itu mengambil masa lebih lama berbanding biasa,” kata Sebenzile.


“Saya memanggil anak saya untuk membantu. Selepas menarik anak lembu yang sudah mati itu keluar, kami terkejut melihat mukanya seperti manusia.


“Beberapa penduduk berkata, lembu itu mungkin dicabul di padang ragut oleh orang yang tidak dikenali. “Kami tidak pasti bagaimana untuk mengebumikannya, sama ada seperti manusia atau menghantarnya kepada doktor untuk memeriksanya,” kata Sebenzile.


Berita mengenai kelahiran ganjil itu turut mengejutkan Datuk Bandar Ukhahlamba, Thulani Sibeko.

“Saya terkejut melihat gambar anak lembu itu. Saya menyangka gambar itu diubah suai,” kata Sibeko.


Seorang pegawai tempatan, Induna Malinga berkata, sepanjang hidupnya, ini kali pertama dia mendengar cerita lembu melahirkan manusia.

Keluarga Sebenzile berkata, mereka kini takut untuk menyembelih Nyamazane.


“Kami melihatnya seperti manusia kerana dia melahirkan seorang manusia. Mana boleh dagingnya kami makan,” kata Sebenzile. - Agensi




Dirogol Diliwat Dirompak Kenalan Facebook

Rogol kenalan Facebook

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu merogol, melakukan seks luar tabii dan merompak wanita yang dikenalinya melalui facebook.

Mohamad Faiz Apandi, 28, dituduh merogol mangsa yang berusia 21 tahun itu di sebuah jalan di Brickfields pada 8 malam, 23 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut dituduh melakukan seks luar tabii terhadap mangsa di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Mohamad Faiz juga dituduh merompak telefon bimbit dan wang tunai RM200 milik wanita itu dengan bersenjatakan pisau di tempat, tarikh dan waktu yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

Hakim Azwarnida Affandi tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula bagi Mohamad Faiz melantik peguam. -HM


Tuesday 16 September 2014

Remaja Dicabul dan Dibogel

Sepasang remaja yang berduaan di air terjun dituduh berkhalwat

Pakaian si perempuan digunting dan dikoyak hingga separuh bogel!


VIDEO


Suami dan isteri orang antara dicekup


PASIR GUDANG - Seorang suami dan isteri orang dicekup kerana disyaki berkhalwat oleh pihak penguatkuasa Jaij ketika menginap di sebuah hotel bajet berhampiran terminal feri, di sini dalam Ops Sayang, awal pagi semalam.

Ketika ditahan, mereka yang baru terjaga daripada tidur dilihat terpinga-pinga kerana diserbu pihak berkuasa selain mengakui bukan pasangan suami isteri yang sah.

Hasil siasatan lanjut mendapati wanita berusia 37 tahun mendakwa sedang dalam proses berpisah dengan suaminya dan menaiki bas dari Layang-Layang, Kluang untuk bertemu dengan kekasihnya yang juga pemandu lori berusia 38 tahun berasal dari Kota Tinggi.

Ketika ditahan kedua-duanya hanya berpakaian ringkas termasuk wanita yang berselimut sahaja.

Selain itu, seorang lelaki berusia 26 tahun bersama kekasihnya berusia 20 tahun dicekup pihak berkuasa selepas didapati berdua-duaan di dalam sebuah bilik hotel bajet  berhampiran Taman Cendana Pasir Gudang di sini.

Sebelum tangkapan dilakukan, wanita berkenaan berlakon seperti warga asing dan mendakwa bukan orang tempatan selain teman lelakinya juga memiliki paras rupa seperti warga Vietnam.

Bagaimanapun bimbang kerana hal berkenaan diketahui keluarga, gadis berkenaan yang juga bekerja sendiri dalam keadaan susah hati meminta supaya perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan keluarganya.

Sunday 14 September 2014

Anak 5 tahun Dipaksa Seks Oral


Ingatkan anak (5 Tahun) sakit tekak sebab terlekat tulang atau tonsil.... rupanya cedera sebab bapanya paksa oral seks.

MELAKA: Seorang wanita membawa anaknya yang berusia lima tahun ke hospital kerana mengadu sakit tekak.

Bagaimana pun wanita itu terkejut selepas mengetahui anaknya perempuan itu tercedera kerana dipaksa melakukan seks oral oleh bapanya.

Ibu berusia 29 tahun itu membawa anaknya ke Hospital Jasin pada 11 September untuk rawatan selepas kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika makan tengah hari.

Kanak-kanak itu tidak boleh menelan makanannya.

Apabila kanak-kanak itu memberitahu mengenai kelakuan bapanya itu ketika berada di hospital, ibu mangsa terus membuat laporan di Balai Polis Bemban pada Jumaat, 10 pagi.

Bapa mangsa, 37 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditahan di Asahan oleh sepasukan polis dari ibupejabat negeri pada pukul 3 petang hari yang sama. -Sumber

Langsuir Lebuh Raya



Saturday 13 September 2014

Tempahan ‘Proton Iriz’ kini dibuka


Kuala Lumpur: Model kompak Proton terbaru, Proton Iriz yang mula dibuka untuk tempahan di semua cawangan Proton Edar semalam dijual pada harga di atas jalan (OTR) bermula daripada RM42,438 hingga RM62,888.

Harga jualan bagi Semenanjung itu membabitkan model berkuasa 1.3 liter dengan pilihan empat varian iaitu Standard (manual), Standard (CVT), Executive (manual) dan Executive (CVT) bermula dari RM42,438 hingga RM50,888.


Bagi model 1.6 liter turut menawarkan empat pilihan varian iaitu Executive (manual), Executive (CVT), Premium (manual) dan Premium (CVT) bermula dari RM55,888 hingga RM62,888.

Model itu yang dibangunkan sendiri oleh Proton menawarkan dua warna baru yang khusus dan kali pertama diperkenalkan untuk Iriz ialah citrus green dan moon dust silver.


Sumber automotif berkata, bayaran tempahan bagi model itu ialah RM300 dan penghantaran model itu akan bermula bulan depan menerusi semua cawangan jualan dan bilik pameran Proton Edar di seluruh negara.


Harga jualan bagi model 1.3 liter standard bagi transmisi manual (metalik) misalnya dijual pada harga di atas jalan ialah RM42,888 manakala model 1.6 liter manual (executive) berharga RM55,888 dan harga model premium CVT (auto) ialah RM62,888.

Sebanyak tujuh pilihan warna ditawarkan iaitu genetic silver, fire red, solid white, citrus green, silver moon dust, tranquility black dan atlantic blue.








Friday 12 September 2014

Hukuman Kes Rogol Anggota Ruffedge Kekal


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

"Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

"Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu," katanya, hari ini.



[ARTIKEL BERKAITAN: Bekas anggota Ruffedge didakwa rogol anak tiri]

Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.

"Seorang bapa perlulah melindungi anaknya," katanya.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

Dipukul hingga mati Gambar Bogel Dirakam


Sandakan: Tidak cukup membelasah seorang gadis yang juga rakan sekerjanya dengan batang besi sehingga maut, seorang lelaki turut menanggalkan semua pakaian dan merakam foto mangsa dalam keadaan bogel dalam kejadian di sebuah kilang di Kampung Sungai Kayu, Batu 7, di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5.30 petang, mangsa Rizma Johan, 20, yang ketika itu masih bernyawa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah di kepala.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa bersama empat rakan sekerjanya dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja sebelum suspek meluru dari belakang dan terus menarik rambut gadis berkenaan.
Pada masa sama, suspek memukul kepala mangsa menggunakan batang besi beberapa kali sehingga beberapa rakan sekerjanya cuba membantu dengan menahan suspek daripada terus membelasah gadis terbabit.

Bagaimanapun, suspek tidak mengendahkannya malah turut memukul seorang rakan mangsa menggunakan batang besi sama.

Sebaik mendapati mangsa tidak sedarkan diri, lelaki terbabit menanggalkan semua pakaian mangsa sebelum merakam gambar bogel mangsa sebelum beredar.

Majikan mangsa yang tiba beberapa minit kemudian membawa mangsa ke HDOK untuk rawatan.
Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.

Suspek berusia 30 tahun yang juga rakan sekerja mangsa ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Sandakan, jam 8.30 malam hari sama,” katanya.

"Siasatan lanjut di tempat kejadian turut menemui sebatang besi dipercayai digunakan suspek ketika kejadian," katanya.

Zabidi berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Thursday 11 September 2014

Bini Orang Dicekup Khalwat Dalam Kereta



MUAR – Seorang kakitangan kerajaan sebuah jabatan di daerah ini bersama teman wanitanya yang merupakan peniaga gerai makanan ditangkap khalwat dalam sebuah kereta di Jalan Meriam di sini, kelmarin.

Kadi Daerah Muar, Dzulkifli Mohamed berkata, pasangan yang berusia 48 tahun dan 37 tahun itu masing-masing berstatus suami dan isteri orang ditahan empat anggota Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Muar kira-kira jam 10 malam.

Menurutnya, tangkapan ke atas mereka hasil daripada maklumat orang awam dan risikan yang dilakukan sejak tiga hari lalu.

“Kita mengetuk cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) dan menunggu kira-kira lima minit sebelum pintu dibuka dan mendapati pasangan berkenaan lengkap berpakaian serta sedang duduk dalam kereta itu.

“Kita tahan pasangan ini kerana duduk berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan serta gagal menunjukkan sebarang dokumen mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri,” katanya.

Beliau berkata, lelaki terbabit dan wanita yang mempunyai lima anak itu dibawa ke Balai Polis Muar untuk membuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama Daerah Muar untuk siasatan lanjut dan dijamin rakan masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b atau Seksyen 29(1) (b)  Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, menurut sumber, pasangan terbabit dipercayai sudah lama menjalinkan hubungan terlarang tanpa pengetahuan pasangan masing-masing dan melakukan perbuatan terkutuk di dalam kereta wanita itu jenis MPV.

Katanya, wanita yang menetap di Kampung Kelantan itu sering menggunakan alasan keluar ke pasaraya berhampiran untuk membeli barangan keperluan gerai pisang goreng yang diusahakan bersama suami untuk bertemu kekasihnya di Jalan Meriam, di sini.

“Bagaimanapun, perbuatan terkutuk wanita itu terbongkar apabila ditahan sepasukan anggota Penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar,” katanya.

Jururawat dirogol dalam ambulans


MERSING - Seorang jururawat berdepan detik hitam selepas mendakwa dirogol di dalam ambulans oleh seorang pemandu di belakang asrama hospital di daerah ini, 4 September lalu.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun  dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit.

Dalam kejadian yang berlaku awal pagi itu, mangsa berusia 31 tahun mendakwa semasa mengemas barang untuk dibawa turun dari ambulans, dia yang keletihan terlelap seketika di dalam kenderaan terbabit

Sebelum itu,  dia dan suspek serta seorang lagi pembantu baharu sahaja sampai dari sebuah hospital di Johor Bahru.

Bagaimanapun, sebaik sahaja sedar, mangsa mendapati ambulans sudah berada di belakang asrama hospital dan pintu kenderaan itu berkunci.

Bimbang keselamatan dirinya, mangsa cuba mencari sesuatu untuk membuka pintu ambulans  terbabit, namun keadaan gelap menyukarkan usahanya.

Tanpa disedari oleh mangsa, pemandu terbabit yang berseorangan didakwa berada di dalam ambulans itu terus memperkosa dan merogolnya, walaupun dia bergelut untuk menyelamatkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superitendan Zulkepli Hashim ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

“Repot telah diterima dan kita sedang siasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Lelaki itu telah kita tangkap untuk siasatan lanjut,” katanya di sini semalam.

Difahamkan lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu itu direman selama tujuh hari bermula semalam.

Tuesday 9 September 2014

Haji Liwat OKU Dalam Masjid


ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki berstatus haji bagi membantu siasatan kes liwat terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah masjid di Tunjang, dekat Jitra Khamis lepas.
 
Polis menahan suspek yang berusia 50-an itu di rumahnya di Jitra selepas mangsa berkenaan yang cacat penglihatan berusia 46 tahun membuat laporan di Balai Polis Jitra kira-kira 12.40 tengah hari semalam.
 
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa telah dijemput oleh suspek di rumahnya dengan sebuah motosikal untuk ke masjid.
 
Katanya sebaik tiba di masjid, mangsa yang mengenali suspek sejak tiga bulan lalu telah diberi makan terlebih dahulu.
 
"Suspek telah mengunci pintu masjid yang ketika itu kosong sebelum mengambil kesempatan meliwatnya di situ. Suspek kemudiannya telah menghantar mangsa ke rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya mangsa kemudiannya mengadukan perkara itu kepada kakak iparnya.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
 
Katanya, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Jitra tengah hari semalam dan dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.
 
Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis telah menahan suspek pada hari yang sama.
 
"Suspek kini ditahan reman selama lima hari mulai semalam untuk membantu siasatan.
 
"Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah," katanya.  - Bernama

2 Parah 1 Maut Ditembak



BIDOR - Seorang maut manakala dua parah dalam satu kejadian tembak di Taman Batang Padang di sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Som Sak Din Keliaw berkata, mangsa dikenali sebagai G Mogeswaran, 22, dari Kampung Bar Tongkah Harbour, Bidor, maut dipercayai ditembak dari jarak dekat.

Katanya, ketika kejadian, mangsa bersama rakan-rakan sedang minum berhampiran dengan Taman Batang Padang, di sini, kira-kira jam 10 malam, sebelum didatangi seorang lelaki.

“Suspek, seorang lelaki berbaju T biru dan berseluar pendek, mendekati mangsa dan menembak mangsa dari belakang pada jarak dekat.

“Suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah mangsa dan kawan-kawan mangsa. Dua lain turut cedera,” katanya pada sidang media,di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di sini, semalam.

Som Sak berkata, mangsa lari kira-kira 100 meter dari tempat kejadian sebelum rebah dan meninggal dunia.

Katanya, dua rakan mangsa, berusia 22 tahun, lari ke arah sebuah hotel berhampiran bagi dapatkan bantuan dan dihantar ke hospital untuk rawatan.

Menurutnya, mereka dikenali sebagai D Gunaseelan mengalami kecederaan di tangan kiri, manakala K Devaraj, mengalami kecederaan di leher serta bahu, dilaporkan stabil.

Beliau berkata, pihaknya menjumpai serpihan peluru dipercayai digunakan oleh suspek di tempat kejadian.

“Punca kejadian masih dalam siasatan. Kami juga menahan empat lelaki bagi membantu siasatan polis.

“Jika orang ramai mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan  Ketua Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah IPD Tapah, Asisten Superintenden Md Nasri Fadzir  atau pegawai penyiasat kes ini, Inspektor Harris Md Noor di hotline IPD Tapah 05-4015222 atau SMS rakan Cops 32728 ataupun balai-balai polis berdekatan,” katanya.

Gunman kills restaurant worker

TAPAH: A restaurant worker was shot dead and two of his friends were wounded by an unknown assailant at Taman Batang Padang in Bidor, near here.

Tapah OCPD Supt Som Sak Din Keliaw said police received a distress call at about 11pm on Sunday about gunshots and rushed to the scene to find G. Mogeswaran, 22, lying face down on the road near an empty shophouse at the housing estate.

“There were wounds on his body and his face was covered with blood. We believe he was shot from the back.

“The victim, from Kampung Baru Tongkah Harbour in Bidor, was having a drink with five friends prior to the incident at about 10pm,” he told a press conference here yesterday.

“We also found two bullet slugs at the crime scene,” he said.

Supt Som Sak said Mogeswaran’s two friends, D. Gunaseelan and K. Devaraj, both 22, were in stable condition after receiving treatment at the Tapah Hospital and Raja Permaisuri Bainun Hospital in Ipoh respectively.

“Gunaseelan was injured on his left arm while Devaraj sustained wounds to his neck and shoulder,” said Supt Som Sak.

He said police have yet to determine the motive behind the shooting or the real target of the assailant.

Supt Som Sak urged anyone with information on the shooting to contact investigating offider Insp Harris Md Noor or district CID chief Asst Supt Nd Nasri Fadzir at 05-401 5222


Monday 8 September 2014

Bersembunyi Bawah Gumpalan Selimut



Kota Kinabalu: Cubaan seorang pelajar lelaki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menipu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) kononnya dia bersendirian di dalam bilik hotel di Jalan Kampung Air, di sini, malam kelmarin, gagal selepas pihak berkuasa ternampak sebahagian baju tidur wanita di bawah gumpalan selimut. Dalam operasi jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 24 tahun yang berseluar pendek mendakwa menginap seorang diri di dalam bilik sebelum seorang penguat kuasa JHEAINS menyedari terdapat kain seperti baju tidur wanita di bawah selimut di atas katil.



Sebaik diselak, penguat kuasa menemui seorang gadis berusia 23 tahun sedang menyorok sebelum kedua-duanya mengaku menginap bersama di hotel terbabit.

Ketika disoal siasat, lelaki berkenaan mengaku gadis terbabit adalah teman wanitanya dan memberi alasan terpaksa menyewa bilik kerana mereka terlalu penat bersiar-siar di sekitar bandar raya.

Mereka juga mengaku tidak mempunyai hubungan sah sebagai suami isteri menyebabkan kedua-duanya terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, sepasukan anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan rambang sebelum mengetuk sebuah pintu bilik hotel dihuni pasangan berkenaan.

Pada awalnya, penghuni bilik ini mengaku menginap seorang diri sebelum seorang penguat kuasa menyedari baju tidur wanita di atas katil.

Selepas menarik selimut, penguat kuasa terkejut menemui seorang gadis yang hanya berbaju tidur di atas katil,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan.

Khamis berkata, pemeriksaan lanjut mendapati mereka bukan pasangan suami isteri dan ditahan kerana berdua-duaan di dalam bilik.

Walau apapun alasan mereka, ia tetap menjadi satu kesalahan kerana berdua-duaan di dalam bilik tanpa ikatan sah.

Kedua-dua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut,” katanya.
Sepanjang operasi berkenaan, pihaknya berjaya menahan empat pasangan lain dipercayai berkhalwat di empat hotel berlainan sekitar bandar raya.

Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 kerana berkhalwat,” katanya.

Lagu Warisan Versi Narmi


LIRIK LAGU: WARISAN

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Selfie Dalam Air

Aksi Selfie Dalam Air







Telefon SONY Xperia Z2 dikenali sebagai telefon tahan lasak, 
kalis air 
dan dilengkapkan lensa kamera menakjubkan



Dicekup Bersama Dua Wanita


PARIT BUNTAR - Alasan menumpang tidur di rumah rakan sekerja digunakan seorang pemandu bas untuk mengelak dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) Cawangan Parit Buntar tidak berhasil apabila dia ditahan setelah disyaki berkhalwat dengan dua wanita di sebuah premis rumah kedai, Jalan Syahbandar, Pusat Bandar Parit Buntar di sini, malam kelmarin.

Lelaki berusia 40-an yang berstatus suami orang itu disyaki berkhalwat bersama dua kerani kaunter sebuah syarikat bas ekspress berusia lingkungan 20 hingga 35 tahun.

Jurucakap Jaipk Cawangan Parit Buntar berkata, serbuan dijalankan hasil maklumat awam itu melibatkan  lima anggota penguatkuasa Jaipk Cawangan Parit Buntar.

Menurutnya,  dalam kejadian jam 11.45 malam itu, penguatkuasa Jaipk terpaksa menunggu kira-kira 15 minit di pintu premis yang dibuka seorang wanita berusia 20 tahun.

"Apabila penguatkuasa memasuki premis itu, mereka mendapati terdapat seorang lelaki dan seorang wanita tidur di bilik berasingan, manakala gadis yang membuka pintu itu mendakwa tidur bersama rakan wanitanya.

“Ketika disiasat, ketiga-tiga individu itu mengaku tiada sebarang ikatan sah, manakala lelaki terbabit beri alasan terpaksa menumpang tidur di rumah rakan wanita memandangkan dia perlu memandu bas ke Kuala Lumpur pada awal pagi,” katanya ketika ditemui di sini malam kelmarin.

Bagaimanapun, beliau berkata, setelah soal siasat dilakukan ke atas dua wanita ditahan, pemandu bas itu menukar keterangan dengan mendakwa menyewa sebuah bilik di dalam premis itu sejak tujuh bulan lalu.

Katanya, kenyataan kesemua individu itu meragukan memandangkan anggota penguatkuasa menemui beberapa bukti di dalam sebuah bilik di premis tersebut.

“Lelaki terbabit difahamkan sudah berkahwin dan tinggal di Butterworth, Pulau Pinang, manakala dua wanita itu pula berasal dari Bandar Baharu dan Langkawi, Kedah.

“Berikutan itu, ketiga-tiga mereka diberikan notis menghadiri sesi kaunseling di Pejabat Majlis Agama Islam Daerah Kerian di Parit Buntar pada hari Isnin (hari ini)," katanya.

Jurucakap Jaipk berkata, lelaki terbabit juga diarahkan segera meninggalkan premis berkenaan dan akan dikenakan tindakan tegas jika ditangkap berkhalwat sekali lagi.

Sunday 7 September 2014

Hattan Pengetua Akademi Fantasia 2014


SHAH ALAM: Penyanyi Datuk Hattan atau nama penuhnya Mohd Shukri Shahabudin diumumkan sebagai Pengetua baru program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2014 menerusi konsert pertamanya di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, di sini, tadi.

Terdahulu, jawatan berkenaan menimbulkan teka-teki selepas tidak diumumkan dan antara yang pernah menjadi pengetua termasuklah Datuk Freddie Fernandez, Datuk Ramli Sarip, Puan Sri Tiara Jacquelina, Norman Abdul Halim dan Datuk M. Nasir.
Pada konsert pengenalan itu, Raja Azura turut diumumkan sebagai juri tetap manakala Datuk Ramli MS dan Tam Spider sebagai juri undangan.

Akademi Fantasia adalah program yang berjaya mencetuskan fenomena dalam industri hiburan tempatan selepas diterbitkan sejak 2003.


Antara penyanyi yang pernah menjuarai program terbabit termasuklah Hafiz Suip, Stacy, Hazama, Mila Jirin dan Faizul manakala turut berjaya melahirkan ramai penyanyi popular lain.

Wan Azizah perlu diberi peluang


GEORGETOWN - Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail perlu diberi peluang untuk menunjukkan kewibawaannya menerajui Selangor sebagai menteri besar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, Wan Azizah perlu diberi peluang walaupun belum menampakkan kredibilitinya dalam mentadbir sesebuah negeri.

Beliau berkata, DAP tetap menyokong Wan Azizah untuk calon Menteri Besar Selangor kerana mempunyai kemampuan untuk mentadbir negeri.

"Tambahan pula, beliau berada dalam PKR sejak tahun 1999. Saya tidak nampak apa yang dimaksudkan dengan baru belajar dunia politik. Kemampuan itu adalah subjektif, kita boleh lihat selepas beliau mentadbir Selangor.

"Beri beliau peluang untuk menunjukkan kemampuannya. Saya dulu pun, semasa dilantik menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang, pengetahuan serta kemampuan dalam politik sangat sedikit tetapi akhirnya PR memperolehi majoriti paling tinggi ketika pilihan raya umum lalu," katanya kepada media selepas menghadiri Karnival Makanan di Rumah Orang Tua Silver Jubliee, di sini hari ini.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, dari segi pendidikan, Wan Azizah dilihat layak kerana mempunyai latar belakang pendidikan yang sangat baik.

Semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan keengganan Pas menuruti kehendak rakan PR, PKR dan DAP mencalonkan Wan Azizah bukan disebabkan faktor gender sebaliknya menyifatkannya tidak layak untuk memikul tugas berkenaan kerana kredibilitinya.

Abdul Hadi berkata, Wan Azizah belum cukup bersedia untuk memimpin kerana dilihat baru belajar mengenai dunia politik.


Maxis, Ananda Krishnan nafi tuduhan salah laku ambil alih Aircel


Maxis hari ini menafikan semua pertuduhan Biro Penyiasatan India berkaitan pengambilalihan syarikat telekomunikasi India, Aircel pada 2006.

Polis Persekutuan India pada Jumaat memfailkan tuduhan terhadap bekas menteri, adiknya dan hartawan Malaysia, Tan Sri T Ananda Krishnan (gambar) berhubung tuduhan rasuah membantu kumpulan Maxis mengawal syarikat telefon selular India lapan tahun lalu.

Menurut dokumen pendakwaan mahkamah New Delhi, suspek yang turut terlibat adalah bekas menteri telekomunikasi Dayanidhi Maran, adiknya Kalanithi Maran, seorang hartawan India, serta pembantu Ananda, Augustus Ralph Marshall.

Maxis Communications Bhd (MCB) dituduh mengikut Seksyen 120B Akta Pencegahan Rasuah Kanun Keseksaan India.

Kertas pertuduhan menamakan enam pihak termasuk Marshall.

Melalui pertuduhan yang dikemukakan, Dayanidhi didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai menteri komunikasi dan teknologi maklumat di antara 2004 dan 2005 bagi memaksa Siva Ventures Limited (SVL) menjual Aircel kepada MCB.

MCB mendakwa transaksi berkenaan selesai pada 21 Mac 2006 mematuhi undang-undang India dengan SVL dibayar penuh harga pembelian selepas menerima kelulusan pelbagai pihak.

"MCB menafikan dan menolak sebarang pertuduhan salah laku dalam kes ini. MCB percaya pertuduhan tersebut tidak berasas dan kertas pertuduhan difailkan tanpa bukti," kata syarikat itu.

Kertas pertuduhan itu turut menyatakan Astro All Asia Networks Plc (AAAN) membayar secara tidak sah kepada Sun Direct TV Pvt Ltd dan South Asia FM Limited sebagai pembelian saham di dua syarikat itu.

Menjawab tuduhan itu, Astro Malaysia Holdings Bhd yang dimiliki 42.39% pegangan ekuitinya oleh Ananda Krishnan menjelaskan AAAN merupakan entiti asing yang sah dan bukan sebahagian daripada Astro Malaysia Holdings.

MUHAMMAD SAFWAN ANANG DIPENJARA 10 BULAN BERI UCAPAN BERBAUR HASUTAN


KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM)
Muhammad Safwan Anang@Talib dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di
sini kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya tahun lepas.

Hakim Norsharidah Awang membuat keputusan itu setelah mendapati Muhammad
Safwan, 25, bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Akta Hasutan 1948 dan
memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula hari ini.

Bagaimanapun, Norsharidah membenarkan permohonan tertuduh yang diwakili
peguam Ariff Azami Hussein bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara itu
sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Hakim menaikkan wang jaminan daripada RM5,000 kepada RM15,000 dengan seorang
penjamin. Dia membayar wang ikat jamin itu.

Dalam keputusannya, Norsharidah berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan
keraguan munasabah di akhir kes itu dan mahkamah berpuas hati pembelaan yang
dikemukakan Muhammad Safwan hanya bersifat penafian semata-mata.
"Alasan bahawa tertuduh hanya mengkritik dan melahirkan rasa
ketidakpuasan hati terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 dan Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) juga tidak diterima mahkamah," katanya.

-- LAGI
MAHKAMAH-HASUTAN 2 KUALA LUMPUR
Selain itu mahkamah berpendapat segala penyataan yang dikemukakan
tertuduh boleh menimbulkan kecenderungan menghasut walaupun tertuduh dalam
pembelaannya berkata dia tidak mempunyai niat berbuat demikian.
Terdahulu dalam rayuan yang dikemukakan Ariff Azami, beliau memohon supaya
anak guamnya itu hanya dikenakan denda minimum RM5,000 memandangkan dia bekerja
sebagai guru mengajar al-Quran selepas menamatkan pengajiannya dalam jurusan
pengajian Islam di Universiti Malaya (UM).

Katanya, Muhammad Safwan juga perlu menanggung isterinya yang tidak bekerja
dan seorang anak perempuan berumur lapan bulan, selain ini merupakan kesalahan
pertama.
Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi membantah rayuan tertuduh supaya
dikenakan denda atas alasan kesalahan yang dilakukan adalah serius dan boleh
memberi kesan besar terhadap masyarakat.
"Tertuduh menggunakan pengaruhnya untuk menarik perhatian dan hukuman berat
perlu diberikan supaya memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat,"
katanya.

-- LAGI
MAHKAMAH-HASUTAN 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Pada 29 Mei tahun lepas, Muhammad Safwan mengaku tidak bersalah terhadap
pertuduhan memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan kemarahan rakyat negara
ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara
tidak sah.

Selain Muhammad Safwan, turut didakwa bersama ialah Naib Presiden PKR Chua
Tian Chiang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua, 51; aktivis mahasiswa
propembangkang, Adam Adli Abd Halim, 25; aktivis Hishamuddin Md Rais, 63;
anggota PAS Mohd Tamrin Abdul Ghafar, 64; dan peguam Haris Fathillah Mohamed
Ibrahim, 55.

Bagaimanapun kes Tian Chua dan empat lagi masing-masing dibicarakan
berasingan dan masih di peringkat perbicaraan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara 8.55 malam
dan 11.15 malam, 13 Mei tahun lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh
dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga
RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit
kesalahan.
-- BERNAMA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...