tas tas tas tas
loading...

Saturday 20 June 2015

Kilang Asam Jawa Disita Tiada Sijil Halal Dan Kotor


PARIT BUNTAR – Sebuah kilang memproses asam jawa dan tepung jagung berdepan risiko didenda selepas premis berkenaan menggunakan logo halal tanpa sijil yang sah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Dalam pemeriksaan yang diadakan kelmarin oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) cawangan Parit Buntar bersama Jabatan Kesihatan daerah Kerian kelmarin, premis berkenaan juga didapati kotor dan diarahkan tutup selama 14 hari untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.

Ketua cawangan KPDNKK Parit Buntar, Md. Nasir Mohamad berkata, pihaknya telah menyita produk terbabit termasuk 22 guni pembungkus bernilai kira-kira RM14,000.

“Kilang berkenaan sudah beroperasi lebih daripada 20 tahun. Mereka mungkin tidak kemas kini maklumat peraturan baharu di bawah Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya ketika dihubungi semalam.

Pemeriksaan selama 4 jam bermula pukul 11.30 pagi itu dilakukan selepas KPDNKK menerima aduan daripada orang awam yang ragu-ragu terhadap produk makanan tersebut yang didakwa kotor.

Tambah Md. Nasir, kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika sabit kesalahan syarikat terbabit boleh dikenakan denda maksimum sehingga RM500,000.









Wednesday 17 June 2015

Kemungkinan satelit dijangka jatuh di Malaysia


SHAH ALAM - Sebuah satelit yang dibina oleh Nasa dan Jepun untuk mengesan hujan dijangka akan jatuh ke bumi esok, menurut laman web rasmi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Nasa).

Satelit yang dinamakan sebagai satelit Misi Mengukur Hujan Tropika (TRMM) yang dibina oleh Nasa dan Japan Aerospace Exploration Agency (JAXA) untuk mengukur jumlah hujan di bumi itu sekarang berada 100 kilometer daripada bumi.

Menurut laman web rasmi Nasa, Amerika Syarikat Space Surveillance Network, yang dikendalikan oleh jabatan angkasa yang beroperasi bersama Pertahanan AS, pihaknya memantau kedudukan TRMM sejak misi itu berakhir pada bulan April lalu.

“Kebanyakan satelit dan kapal angkasa yang memasuki atmosfera bumi akan terbakar, dan ia tidak boleh dikawal,

“Pusat Operasi Angkasa Lepas akan mengeluarkan ramalan berkala tarikh kemasukannya, namun lokasi sebenar kawasan kejatuhannya tidak dapat diramalkan,  TRMM hanya akan jatuh ke kawasan tropika antara 35 darjah Utara dan latitud 35 darjah latitud Selatan,” petik kenyataan rasmi Nasa.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Dr Noordin Ahmad berkata, Nasa akan memberi maklumat setiap tiga jam kepada seluruh agensi angkasa dunia termasuk Malaysia untuk memaklumkan mengenai perkara ini.

“Pihak Nasa akan sentiasa mengemaskini maklumat mereka setiap tiga jam, kerana sekarang pihak Nasa sendiri tidak pasti keberadaannya.

“Kalau ikut rekod selama ini tidak pernah berlaku di mana manusia terkena pada bahan-bahan serpihan-serpihan ini sepanjang sejarah satelit masuk kedalam bumi ini , kalau ikut Nasa peratusan itu hanya dua peratus, kerana kebanyakkannya akan jatuh kedalam laut.

“Oleh itu rakyat Malaysia tidak perlu panik, tidak ada yang pernah berlaku terkena pada serpihan tak pernah lagi!... rekod terdahulu satelit yang  jatuh dekat dengan Malaysia adalah di utara Lautan Hindi, Australia kawasan itu berhampiran Malaysia dan Indonesia," katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, jika satelit itu terbakar ia tidak boleh dikawal lagi.

“Satelit itu dilancarkan pada 35 darjah ini dikira sebagai kawasan tropikalah, termasuk Malaysia selatan Jepun sampai ke Australia 35 darjah lah, bila ia masuk kawasan bumi ini ia akan terbakar, apabila ia terbakar tak ada orang boleh kawal… tetapi ada sebahagian daripada satelit itu tidak terbakar terutama yang dibuat daripada titanium.

“Titanium ini besi yang lebih keras daripada besi... ia tidak terbakar, kalau ikut pemantauan, tidak banyak negara yang boleh pantau ia kerana ia perlukan radar yang canggih dan kuat untuk tembak ke udara bagi mendapatkan lokasi yang sebenarnya… saya rasa negara Amerika Syarikat yang punyai teknologi itu, Amerika yang dapat lihat kedudukan ia  sekarang.

“Agensi Angkasa kita boleh berhubung dengan mereka untuk dapatkan maklumat dan mereka akan maklumkanlah bila ia masuk ke bumi .

“Kita akan uar-uarkan maklumat dari semasa ke semasa, oleh itu rakyat Malaysia jangan panik cuma perlu ambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

TRMM yang berusia 17 tahun mempunyai berat hampir 3 tan, dilancarkan dari Tanegashima, Jepun pada 27 November 1997 bagi misi yang dirancang hampir  tiga tahun. Ia ditutup pada 15 April tahun ini.

NASA : TRMM Mission Ends


Saturday 13 June 2015

Bayi Dimakan Anjing

Buang Bayi

BUKIT MERTAJAM - Manusia kini tidak berhati perut apabila sanggup membuang bayi perempuan di kawasan semak berhampiran sebuah sungai di Perai, di sini, hari ini.

Mayat bayi itu dijumpai seorang lelaki ketika sedang berehat di kawasan berhampiran.

Lelaki itu terkejut apabila menjumpai mayat dalam keadaan sangat menyayat hati.

Sumber berkata, pada mulanya, lelaki itu tidak menyedari mayat bayi sehingga melihat seekor anjing menggonggong 'sesuatu yang mencurigakan' lalu di hadapannya.

Difahamkan, mayat itu ditemui tanpa tangan dan kepalanya terputus dipercayai dibuang di tepi sungai berhampiran sebuah kilang gula.

Dalam kejadian pada jam 1.22 petang itu, lelaki berusia 51 tahun pada mulanya menyangkakan anjing terbabit menggonggong anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah , Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati objek yang digonggong anjing itu adalah mayat seorang bayi.

"Apabila curiga, dia menghampiri dan menghalau anjing itu. Dia terkejut apabila mendapatinya adalah mayat bayi.

"Lelaki terbabit menghubungi polis memaklumkan kejadian. Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti bagaimana mayat bayi itu boleh berada di kawasan berkenaan," katanya.

Monday 8 June 2015

Jika Suami Pancut Awal, Lakukan ini

SEKIRANYA SUAMI KLIMAKS LEBIH AWAL DARIPADA ISTERI, INI ADALA PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN ISTERI:


Sekiranya suami terlebih dahulu memancutkan air maninya, anda sebagai isteri tidak perlu kecewa dan hampa. Anda tak perlu mengeluh atau marah pada suami. Sebaliknya anda perlu lakukan langkah-langkah seperti dibawah;

1. Peluklah suami dengan erat ketika dia mencapai klimaks.

2. Tanpa berlengah masa, cucilah zakarnya dengan kain bersih.

3. Lakukan koloman dan jilatan pada zakarnya untuk mengembalikan ketegangan pada zakar suami anda. Sesekali sekala gunakan tapak tangan anda dan putarkan ia ke atas kepala zakar suami.

4. Ia mungkin mengambil masa 5-15 minit, di mana anda perlu banyak bersabar. Pada tempoh tersebut, suami boleh melakukan belaian, cumbuan pada tubuh anda.

5. Ketika anda mengulum zakar suami, suami juga boleh menjilat kelentit anda pada masa yang sama. Caranya ialah dengan berbaring secara tunggang terbalik, iaitu kepala isteri menghadap zakar suami, dan kepala suami berhadapan kemaluan isteri. Posisi ini juga dinamakan sebagai posisi 69. Anda juga dapat mencapai klimaks berkali-kali hasil jilatan suami terhadap kelentit anda sementara anda berusaha mengulum zakar suami untuk menegangkannya kembali.

6. Apabila zakar suami sudah tegang kembali, teruskan posisi yang tertangguh sebentar tadi.


Monday 1 June 2015

Pawagam Lucah


Berselindung di sebalik rawatan urutan sukan dan tradisional. Itu taktik digunakan sebuah premis di Sri Petaling di sini, yang dikesan menawarkan tayangan ‘panggung wayang’ filem lucah percuma kepada pelanggan.

Pemilik premis dikesan sengaja menyediakan tiga televisyen bersaiz 58 inci di bilik khas yang digunakan sebagai ruang pelanggan berehat sambil menunggu giliran dilayan gadis urut.

Tindakan menayangkan tiga filem lucah serentak itu diyakini bertujuan membakar nafsu pelanggan lelaki supaya melanggan pelacur wanita disediakan.

Taktik pemasaran itu juga membolehkan premis itu memperolehi pendapatan lumayan setiap hari berikutan premis itu dipenuhi lelaki tidak kira siang dan malam.

Wartawan Harian Metro yang melakukan penyamaran mendapati premis cermin gelap itu menyediakan 20 wanita warga Vietnam berpakaian menjolok mata untuk dipilih pelanggan.

Tinjauan mendapati premis itu sentiasa dipenuhi pelanggan saban malam membabitkan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...