tas tas tas tas
loading...

Sunday 19 March 2017

Cikgu Perempuan Seks Dengan Pelajarnya Setiap Hari

Vera, 24, mendakwa hubungannya dengan pelajar 13 tahun itu bukan sahaja direstui tetapi dirai ibu bapa pelajar tersebut.

ALEXANDRIA M. Vera, seorang guru wanita mengajar Bahasa Inggeris di sekolah menengah Stovall di Houston, Texas ditahan pihak berkuasa pada Rabu atas tuduhan jenayah penderaan seksual berterusan ke atas salah seorang anak muridnya yang berusia bawah 14 tahun.

Pihak polis mengambil masa dua bulan menyiasat kes berkenaan dan penangkapan Vera, 24, dibuat hanya selepas lapan bulan dia menjalinkan hubungan seks dengan murid gred lapan itu.

Menurut laporan, Vera pada April memberitahu bahawa hubungannya dengan lelaki yang berusia 13 tahun itu bermula melalui mesej di Instagram – dan telah berkembang menjadi cinta.

Vera ditahan di penjara sementara di Montgomery County dengan ikat jamin USD$100,000 (RM410,000), lapor Associated Press.

Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Daerah Harris memberi gambaran terperinci dari segi hubungan cinta mereka yang dikatakan bukan sahaja direstui tetapi dirai ibu bapa murid terbabit.

Pengetua sekolah itu, Elsa Wright, hanya menerima maklumat tentang Vera pada April lalu, dan aduan telah dibuat kepada jabatan polis sekolah berkenaan sebelum siasatan dimulakan.

Dokumen mahkamah juga menunjukkan Vera tidak menafikan hubungannya, malah mengakui perkara berkenaan di hadapan pengetuanya dan seorang anggota polis.

Vera turut mengakui mengadakan hubungan seks ‘hampir setiap hari’ dengan anak muridnya itu sehingga menyebabkan dia hamil.

Dia kemudian bertemu ibu bapa murid terbabit, dan mereka dilaporkan menerima berita (hamil) dan hubungan itu dengan hati terbuka.

Namun, pada Februari kandungan tersebut digugurkan kerana Vera mula disoal siasat oleh Badan Perlindungan Kanak-kanak.

Dalam soal siasat berasingan oleh polis, murid berkenaan turut mengakui menjalankan hubungan seks dengan gurunya itu.

Polis berkata, mereka menemui banyak mesej antara lelaki tersebut dan gurunya, sekaligus mengesahkan apa yang telah diceritakan Vera.

Pejabat Guam Bela Harris County memberitahu ABC News 13 bahawa ibu bapa murid berkenaan boleh didakwa atas kesalahan gagal melaporkan penderaan kanak-kanak jika sah mereka mengetahui mengenai hubungan tersebut.

Ibu murid terbabit kini sedang disiasat oleh Badan Perlindungan Kanak-kanak.

Kerana Marah, Biji Isteri Dipotong


Seorang lelaki yang dikenali sebagai Abdul 35 tahun, ditahan polis selepas didakwa telah menganiaya isterinya Maisyaroh hingga terpaksa dimasukkan ke hospital.

Tidak hanya dipukul, Kelentit Maisyaroh juga turut dipotong menggunakan gunting hingga putus.

Dalam kejadian yang berlaku di Tanjung Mulia Batu 8 Medan kelmarin, suspek dikatakan berang terhadap isteri kerana tidak memasak untuk makan malam.

Katanya ketika ia tanya kenapa tak masak lauk, isterinya tidak peduli dan terus masuk kedalam bilik.

Berang dengan sikap isteri, suspek kemudian bertindak memukul isteri sebelum menggunting sedikit bagian intimnya dengan gunting .

Isteri yang mengerang kesakitan membuat suspek panik dan melarikan diri. Mangsa kemudian memaklumkan kepada ahli keluarganya untuk mendapat bantuan sebelum membuat laporan polis di Kenit Reskrim Polsek Labuan AKB Punama Jaya.

Suspek yang ditahan semalam mengakui atas kesalahnnya, katanya sehari sebelum kejadian itu mereka bergaduh mulut kerana ia menegur isteri yang terlalu kerap melayan laman media sosial hingga anak mereka yang berumur 8 bulan seperti tidak terurus.

Selain itu suspek juga mengaku mendapat tekanan dari bos nya ditempat ia bekerja.

Pada awalnya saya tak berniat untuk memukul dan mencederakan bahagian intimnya, ketika kejadian dia turut meludah kemuka saya, selepas itu emosi saya tidak terkawal katanya.

Wednesday 1 March 2017

Pelajar Dicekup Dalam Hotel


 “Saya tidak tahu dia nak ajak tidur sini, sebab dia janji nak hantar balik rumah,” demikian alasan diberikan seorang pelajar tingkatan tiga selepas ditangkap berkhalwat bersama teman lelakinya yang berusia 17 tahun di sebuah bilik hotel murah, di bandar Besut, Khamis lalu.

Calon ujian bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) itu ditahan selepas bilik hotel yang disewa bersama teman lelakinya yang juga merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diserbu sepasukan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 11.30 malam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat awam memberitahu menjadi satu kelaziman pasangan remaja menyewa bilik-bilik hotel murah di sekitar bandar Besut terutama pada malam minggu.


Katanya, siasatan mendapati pelajar perempuan itu sebelum ini dijemput oleh teman lelakinya dari asrama sebelum sama-sama merancang untuk menyewa bilik di hotel terbabit sehingga Sabtu.

“Gadis itu memberitahu kekasihnya yang juga bersekolah di sekolah berhampiran sentiasa menjemputnya balik dari asrama setiap kali ibunya tidak dapat berbuat demikian kerana terpaksa ke Kuala Lumpur.

“Malah, petang tadi (hari kejadian), dia mendakwa teman lelakinya terpaksa mengambilnya di asrama kerana ibunya tiada dan pergi ke Kuala Lumpur kerana ada urusan kerja,” katanya kepada Sinar Harian.

Jelasnya lagi, remaja itu mengakui menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya sejak November tahun lalu selepas berkenalan di gerai kuih ibunya, bagaimanapun mendakwa langsung tidak menyangka teman lelakinya itu berani mengajak tidur di bilik hotel terbabit.

“Malah dia mendakwa lelaki itu memang tidak pernah sesekali memaklumkan kepadanya berkaitan perancangan bermalam di situ kerana sebelum ini, teman lelakinya berjanji akan menghantarnya pulang ke rumah.

“Dalam masa sama, gadis itu mengakui memang sebelum ini teman lelakinya pernah menemaninya bermalam di rumah ketika ibunya tiada di rumah,” katanya.

Wan Mohd berkata, kedua-dua remaja itu di bawa ke Pejabat Agama daerah Besut untuk tindakan lanjut sebelum dibebaskan dengan bon jaminan hadir ke mahkamah.

Mereka akan didakwa mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 kerana berkhalwat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...