tas tas tas tas
loading...

Tuesday 31 May 2016

Video Diperkosa 30 Lelaki Disebar ke Twitter


RIO DE JANEIRO: Polis Brazil sudah mengenal pasti empat daripada lebih 30 lelaki yang disyaki merogol gadis berusia 16 tahun beramai-ramai, kes yang menggegarkan negara terbesar di Amerika Latin itu dan menonjolkan masalah besar keganasan terhadap wanita.

Pengumuman dibuat ketika Pemangku Presiden, Michel Temer mengadakan mesyuarat tergempar Menteri Keselamatan semua negeri di Brazil bagi mempertimbangkan jenayah berkaitan jantina.

"Tidak masuk akal pada abad ke-21 kita perlu hidup dengan jenayah kejam seperti ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berjanji menubuhkan unit khas polis persekutuan yang ditugaskan menangani jenayah terhadap wanita.

Serangan itu menarik perhatian selepas beberapa lelaki berjenaka mengenainya di online, menyiarkan gambar grafik dan video remaja bogel dan tidak sedarkan diri itu di Twitter.

Polis juga meminta orang ramai membantu mengesan empat lelaki berkenaan dan mengenal pasti yang lain.

Laporan menyatakan, lebih 800 panggilan orang ramai diterima pusat yang diwujudkan untuk berkongsi maklumat.

Pihak berkuasa berkata, dalam insiden itu, seorang gadis berusia 16 tahun yang diberi dadah ketika bertemu teman lelakinya di kawasan setinggan di Rio pada awal bulan ini, sedar sehari kemudian di sebuah rumah dalam keadaan bogel dan dikelilingi 33 lelaki.

Tidak lama selepas itu, sebuah video yang dirakam di tempat kejadian, mula disebar secara online sehingga menyebabkan mangsa trauma dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

"Saya mahu mereka menunggu keadilan Tuhan. Saya berasa seperti sampah. Ia stigma yang paling menyakitkan saya, seolah-olah orang berkata itu salah saya kerana memakai pakaian terdedah.

"Saya mahu orang ramai tahu ia bukan salah wanita. Anda tidak boleh menyalahkan mangsa rompakan kerana dirompak," kata gadis itu dalam kenyataan ringkas kepada akhbar O Globo. - AP

Friday 27 May 2016

Gambar Video Gadis Bunuh Diri Greenlane Penang



Bunuh diri..Terjun flat di Jalan Gangsa Greenlane, Penang

Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa, Darshwim Premkumar, seorang pelajar kolej swasta dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai kecewa sebelum naik ke tingkat 16 dan meninggalkan selipar yang dipakai di kawasan koridor.

Katanya, keluarga mangsa kemudian mengesahkan selipar yang ditemui itu adalah milik mangsa.





VIDEO Gadis bunuh diri
Terjun flat di Jalan Gangsa Greenlane, Penang



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...