tas tas tas tas
loading...

Tuesday 28 February 2017

Doa ini dibacai jika lemah Zakar



Jika terasa lemah zakar hendak berjimak (bersetubuh), bacalah doa ini 3 kali kepada zakarnya di waktu ketika hendak jimak (bersetubuh) niscaya jadi kuat bersetubuh InsyaAllah. Tapi jika dah kuat, usah dibaca nanti tak tahan pula isteri, lari malam pula.

Inilah Doanya.

بِِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمَّ اِنَّا نَعُوْذُبِكَ تَامَّهْ، وَالرُّوْحِ، وَالدَّمِ، وَلَحْمِ، وَسَحْمِ، وَالْحُرُوْبِ، وَالْجُلُوْبِ وَتَقْضِىْ، فَاِذَا قَضَيْتَ اَمْرًا فَاِنَّمَا يَقُوْلُ لَهُ كُنْ فَيَكُوْنُ.

Bismillah hirohman Niroh him.

Allah huma innaa Na'uzubika tam mah, warruhi, wad dami, walahmi, wasahmi, wal hurubi waljulubi watakzi. Faiza kodoita amron fain namaa yakulu lahu kun fayakun. ( 3 Kali)

⁠⁠Tips Zakar Sentiasa Tegang dan Mantap



Ketika ini ramai di antara kita langsung atau tidak langsung mempedulikan kesihatan zakar kita. Melalui entry kali ini, saya ingin kongsikan petua-petua Melayu lama mengenai cara menjaga kesihatan tenaga batin.



1. Mengurut Zakar
 Bila bangun pagi sebelum buang air kecil, sebaiknya semasa zakar masih tegang, ambil air liur basi dari langit-langit menggunakan ibu jari yang kanan. Kemudian selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. tiga kali berturut-turut. Bawa perut ibu jari itu ke kepala zakar lalu urut sekali lalu dari kepala zakar meughala ke lubang kencing. Gerakan ini membantu menyegarkan kepala zakar dan agar tidak mudah ngilu ketika jimak.


2. Menajamkan Zakar
 Biji zakar yang keras akan menambah nikmat kepada isteri dan menegangkan zakar serta melambatkan pancutan mani. Untuk itu, zakar harus ditajamkan untuk mengeluarkan Biji zakar hingga dirasakan ia menonjol ke hujung kepala zakar apabila zakar tegang.

Cara menajamkannya ialah apabila bangun tidur. duduk dan temukan kedua-dua tapak kaki. Sebaiknya zakar masih tegang semasa melakukan latihan ini. Tarik nafas dalam-dalam sambil menekan kedua-dua lutut dengan tapak tangan. Cuba tekan lutut itu hingga jejak ke lantai tapi jangan dipaksa. Pada masa itu, kendalikan otot zakar (otot-otot pengemut kencing) dengan mengemutkannya.

Jika zakar masih tegang maka pastikan bahawa kepala zakar menjadi besar dan berkilat apabila otot itu dikemutkan. Cara kedudukan semasa melakukan ini ditunjukkan di dalam Scnaman Harimau langkah yang kedua.


3. Mengesatkan Kepala Zakar
 Praktik ini bertujuan untuk mengurangkan sensitiviti pada kepala zakar dan memberi latihan kepada saraf-saraf yang berhubung dengannya agar biasa dengan rasa kengiluan yang tinggi. Rasa ngilu adalah antara sebab mengapa mani terpancut lebih awal. Kepala zakar yang lebih kesat juga akan menambahkan kelazatan kepada isteri.

Caranya ialah, mulakan dengan duduk seperti mahu bersila tetapi kedua tapak kaki ditemukan. Tangan kiri memegang kaki kiri dan tangan kanan memegang batang zakar (paling baik ialah bila zakar tegang di waktu pagi). Tarik nafas, kemutkan otot zakar, dekatkan kaki kiri ke kepala zakar dan geselkan telapak kaki ke kepala zakar ke arah lubang kencing, satu hala saja. Ulangilah hingga 3 kali geselan. Boleh juga diulangi hingga terasa ngilu barulah berhenti.


4. Cara Meminum Air Waktu Pagi
 Air yang diminum ialah Air Masak Mati (air masak yang sejuk), diminum di kala pagi dalam kedudukan seperti orang mahu merangkak. Sebelum minum tarik nafas. Tahan nafas ketika meneguk (jangan dihembuskan ke dalam gelas). Tegakkan kepala ketika meneguknya, bukan menunggangkan gelas. Minum cara ini dikatakan dapat melegakan kerongkong serta berupaya membersihkan usus perut dari kekotoran dan dahak yang terkumpul semasa tidur. Ia dibersihkan sebagai penyediaan untuk hari yang baru

Tuesday 14 February 2017

Kami Hanya Ringan-Ringan


Tanpa segan silu, seorang gadis memberitahu hanya melakukan ‘aksi ringan’ sahaja dengan majikannya yang juga berstatus suami orang sebelum dicekup berkhalwat di Taman Sri Kolam, di sini, awal pagi tadi.

Gadis berusia 23 tahun dari Manir, di sini, mengaku hanya berpelukan dan bercium dengan teman lelakinya, 29, dari Pulau Pinang, sebelum kediaman itu diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), sempena ‘Ops Valentine Day 2017’, kira-kira jam 1.30 pagi.

Dalam masa sama, gadis yang masih bujang itu memberi alasan sering ke rumah sewa teman lelakinya dan pernah sebelum ini beberapa kali bermalam di situ adalah semata-mata mahu berbincang urusan kerja.


Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya selepas menerima maklumat daripada jiran-jiran yang ada di kawasan berkenaan mengenai tindak tanduk mencurigakan pasangan yang bekerja di sebuah syarikat pengiklanan.

Beliau berkata, siasatan mendapati lelaki itu menyewa berseorangan di rumah terbabit memandangkan isterinya menetap di Kelantan.

“Kedua-duanya tinggal di kawasan yang sama dan gadis yang masih bujang itu memaklumkan datang ke rumah sewa lelaki tersebut untuk berbincang mengenai urusan kerja.

“Selepas berbincang, gadis itu memaklumkan mereka menonton cerita melalui komputer riba dan mengaku hanya melakukan aksi ringan seperti berpeluk dan bercium sambil menonton cerita,” katanya.

Wan Mohd berkata, gadis terbabit turut mengaku sudah tiga kali datang dan bermalam di rumah lelaki tersebut selain mengaku pernah terlanjur.

Katanya, pasangan berkenaan dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Sunday 12 February 2017

Dicekup Telanjang Dalam Kereta


Akibat tidak cukup wang untuk menyewa hotel, sepasang kekasih sanggup memilih bermalam di dalam kereta sebelum dicekup polis dalam keadaan berbogel di kawasan parkir awam tepi jalan Pantai Batu Buruk, di sini, Jumaat lalu.



Pasangan berusia 20 tahun dan berasal dari Kelantan itu ditangkap kira-kira jam 3.30 pagi ketika anggota polis sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah di sekitar kawasan tersebut sebelum diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pasangan yang masih berstatus pelajar itu ditahan selepas anggota polis yang membuat rondaan keselamatan menemui sebuah kereta berada dalam keadaan mencurigakan.

“Suasana di persekitaran tersebut agak gelap menyebabkan anggota bertugas terpaksa menggunakan lampu picit bagi menyuluh melalui cermin hadapan dan cermin sisi belakang kenderaan itu untuk membuat pemeriksaan.

“Bagaimanapun, sejurus disuluh, anggota ternampak pasangan kekasih itu berada di bahagian kerusi belakang yang mana si lelaki dalam keadaan berbogel manakala pasangannya hanya memakai baju tanpa seluar,” katanya.

Wan Mohd berkata, terkejut dengan kehadiran pihak berkuasa, pasangan kekasih itu kelam kabut mencari pakaian masing-masing sebelum membuka pintu kereta untuk disoal siasat.

“Hasil siasatan mereka mengaku tidak mempunyai sebarang ikatan sah dan datang dari Kelantan semata-mata untuk bermadu asmara di sini bagi mengelak daripada dihidu ahli keluarga.

“Mereka juga mengaku terpaksa memilih tidur di dalam kereta kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa hotel,” katanya.

Kedua-duanya ditahan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 kerana persediaan melakukan zina.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...