tas tas tas tas
loading...

Monday 29 December 2014

Sumbang Seluar Dalam dan Coli Terpakai Kepada Mangsa Banjir


SHAH ALAm 29 Dis. - Buruknya sikap sesetengah rakyat Malaysia kerana ada antara ahli masyarakat menjadikan pusat pengumpulan barangan bantuan banjir sebagai tempat untuk 'membuang' pakaian-pakaian lama mereka.

Antaranya pusat pengumpulan bantuan banjir pertubuhan bukan kerajaan, Muslim Care Malaysia menerima antara lain sumbangan seluar dalam dan baju dalam sudah dipakai dan lusuh untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang kini melanda dengan teruk di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.

Setiausaha 1 Muslim Care, Abdul Razak Mohamed yang ditemui di pusat pengumpulan sementara bantuan mangsa banjir berkata, sejak pusat itu dibuka 25 Disember lalu sejumlah 5 tan pakaian terpakai telah disumbangkan kepada mereka.

"Kami terpaksa menggunakan tenaga sukarelawan yang terhad dan menghabiskan masa mengasingkan pakaian terpakai ini.

"Kira-kira 20 peratus daripada sumbangan pakaian terpakai terpaksa dibuang. Siapa mahu memakai pakaian dalam terpakai atau baju dan seluar yang telah koyak? tanya Abdul Razak ketika ditemui di sini hari ini.

Selain seluar dalam dan baju dalam terpakai ada segelintir masyarakat yang turut menyumbang kasut bertumit penuh perhiasaan dan kasut lusuh yang tapaknya telah tertanggal.

Pusat berkenaan kini tidak lagi menerima sebarang sumbangan berbentuk pakaian terpakai.

Sementara itu, Abdul Razak berkata, Muslim Care telah menghantar sejumlah 25 tan bantuan pada 26 Disember menggunakan tiga lori dan 14 pacuan empat roda ke Kelantan, Terengganu dan Pahang.

"Pada 27 Disember kita menghantar 70 tan lagi bantuan kemanusiaan menggunakan 5 buah lori dan 48 pacuan empat roda di tiga negeri tersebut. Pada 28 Disember dan hari ini kita menghantar kira-kira 40 tan lagi bantuan," jelas Abdul Razak.

Abdul Razak berkata, 80 peratus barangan yang dihantar adalah makanan seperti beras, biskut, gula, air minuman dan barangan dapur seperti bawang dan sebagainya. Manakala 20 peratus lagi merupakan lampin pakai buang, tuala wanita dan barangan kebersihan.

Menurut beliau, penghantaran barangan kepusat-pusat pemindahan banjir adalah berdasarkan senarai yang diminta oleh wakil-wakil Muslim Care disetiap kawasan bencana.

"Sebelum kami membuat penghantaran ke sesuatu lokasi, kami akan semak dengan wakil kami di sana untuk mendapatkan senarai barangan keperluan yang mendesak.

"Sebab kami tidak mahu menghantar barangan yang mereka telah ada. Berdasarkan senarai yang ada kita akan buat pengasingan di sini untuk dimuatkan ke dalam kenderaan," kata Abdul Razak.

Dalam pada itu, Abdul Razak menjelaskan orang ramai telah bermurah hati dengan menderma wang tunai dengan jumlah terkumpul sebanyak RM100,000.

"Wang tunai yang dimasukkan ke dalam akuan kita ini akan digunakan untuk membeli barangan makanan terutamanya untuk diagihkan kepada mangsa banjir," kata Abdul Razak.

Abdul Razak berkata, Muslim Care turut menerima sumbangan lapan buah bot daripada sebuah syarikat di Perak. Bot-bot berkenaan digunakan di kawasan bencana yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan darat.

Muslim Care masih lagi memerlukan sumbangan orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terkandas dan bantuan masih perlu dihantar selepas banjir surut.  Sumber

Thursday 25 December 2014

Minum Air Jamban



Ilmu kebal, pengasih, pelaris entah ape entah lah.... maybe takde air ke dibuli atau ape entah la.... 

Seorang gadis... Cedok air dalam mangkuk tandas... 


dan MINUM !!! 

Korang ada berani?

VIDEO





Friday 19 December 2014

Kelebihan Senaman Kemut


Senaman kemut memang kedengaran melucukan namun dalam konteks kesihatan seksual lelaki mahupun wanita, ia mampu memberi kesan positif menakjubkan. Ini kerana senaman ini membabitkan aktiviti mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau otot lantai pelvis seolah-olah mahu menahan kencing atau air besar dan ia perlu dilakukan serentak.

Tidak dinafikan apabila seseorang melakukan senaman kemut, perasaan kurang selesa akan berlaku di mana jika membuang air besar akan mengalami sembelit.

Bagi yang ada buasir pula, penyakit itu akan menjadi ketara dan menyakitkan, tetapi sebaliknya pada wanita apabila melakukan senaman ini, mereka akan berasa terangsang, terutama jika kedua-dua paha dirapatkan. Namun jika paha direnggangkan sedikit, mungkin rasa terangsang itu kurang atau tiada langsung.

Cara melakukan senaman kemut untuk lelaki adalah dengan merapatkan kedua-dua paha dan mencengkam lubang najis serta lubang kencing pada masa sama dengan padat, menahan nafas antara tiga hingga lima saat sebelum melegakan kemutan. Senaman ini perlu dilakukan berulang sehingga 10 kali. Bagi mendapatkan kesan lebih baik, lakukan lima kali sehari dan setiap kali, cengkam 10 kali.

Ketika melakukan senaman kemut, seseorang lelaki itu perlu berada dalam keadaan selesa, termasuk sudah membuang air besar dan kecil.

Antara khasiat senaman kemut adalah, ia membina otot benteng pangkal zakar yang mana jika zakar ereksi, mengemut dapat memadatkan pangkal zakar dan menolak serta memerah darah hala ke depan, sekali gus menyebabkan penghujung zakar lebih padat dan kembang seolah-olah zakar kelihatan besar di depan.

Bagi wanita, amalan kemut dapat melangsing dan melegakan corong faraj, sekali gus menyempitkan pembukaan faraj yang renggang.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita itu bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi saperti angin keluar dan masuk.

Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu hubungan dengan pasangan kerana akan menjadikan aktiviti seksual lebih seronok dan merangsangkan.

Namun, perlu diketahui bahawa senaman kemut tidak dapat membina zakar menjadi panjang atau besar seperti mana dipaparkan dalam Internet bahawa kaedah ini adalah amalan orang Arab bagi membesarkan zakar.

Namun yang pasti, senaman kemut dapat memberi tenaga dan kekuatan apabila zakar yang ereksi dikemutkan.

Mengemut juga membantu mengekalkan ereksi dan dapat bergerak serta mengubah posisi, sekali gus merendahkan kemungkinan darah terkeluar daripada otot zakar.

Selain itu, jika pergerakan zakar ke dalam faraj dengan keadaan lelaki mengemut, pasangan dapat merasai nikmat yang lebih dan mudah mencapai klimaks.

Gerakan zakar juga dapat dikawal dalam keadaan kemut. Justeru, amalan dan senaman kemut dapat menjaga kekuatan ereksi selagi zakarnya mampu mengeras.

Sunday 14 December 2014

Pelakon Dicekup Khalwat


Kuala Lumpur: Seorang pelakon berstatus janda berusia 33 tahun yang sinonim dengan filem seram dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa selepas dipercayai berkhalwat bersama pasangannya di sebuah kondominium, Ukay Perdana dekat sini, awal pagi tadi.

Tangkapan dilakukan dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3.23 pagi ini kediaman pelakon itu berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber berkata, kedua-dua pasangan berkenaan ditahan selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen menunjukkan mereka mempunyai sebarang ikatan mahram.

Difahamkan, pelakon mempunyai tiga anak itu dilaporkan pernah membintangi beberapa filem tetapi cukup sinonim dengan filem seram dan watak hantu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan menerima laporan 3.44 pagi dan menyerahkan kes itu kepada JAIS untuk siasatan lanjut. -HM

Saturday 13 December 2014

Dirogol Bapa Tiri 2 kali seminggu


PETALING JAYA: Selama hampir setahun, kanak-kanak berusia 12 tahun diselubungi ketakutan apabila mendakwa dirinya berulang kali dirogol dua kali seminggu oleh bapa tirinya.

Dia hanya memberitahu kejadian itu kepada ibunya pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang ACP Khairuldin Saad berkata ibu kanak-kanak itu terus bertindak mengemas pakaian dan membawa anak-anaknya tinggal di rumah saudaranya, sebelum membuat laporan polis.

"Kami menghantar satu unit ke rumah suspek di Kampung Cheras Baru dan menahan lelaki itu pada pukul 4 pagi Sabtu.

"Dia kini direman sehingga 18 Disember bagi membantu siasatan.

"Kanak-kanak itu memberitahu bahawa bapa tirinya mula merogolnya pada Disember tahun lepas.

"Dia tidak ingat berapa kali dia telah melakukannya.

"Katanya, ia berlaku banyak kali, mungkin juga dua kali seminggu," kata Khairuldin.

Beliau berkata suspek, yang menganggur dalam tempoh yang panjang tahun ini merogol kanak-kanak itu di bilik tidurnya atau di bilik tidur utama, ketika ibu dan adik beradik tiri kanak-kanak itu berada di luar rumah. -ms

Tuesday 9 December 2014

12 Individu Diburu Polis


Shah Alam: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang mengesan 12 individu berhubung insiden pergaduhan pada perlawanan separuh akhir Piala AFF di Stadium Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam insiden itu yang menyebabkan ada di antara penyokong Vietnam cedera.

Katanya, sebelum tamat perlawanan pada malam berkenaan sekumpulan kecil penyokong Malaysia bertindak melakukan kekecohan.

"Polis kini sedang mengesan semua individu berkenaan untuk membantu dan melengkapkan kertas siasatan.
"Insiden ini diklasifikasikan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.

Dirogol Bapa Hingga Mengandung



KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan yang bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua anak, akhirnya menerima balasan setimpal apabila dijatuhi hukuman penjara 40 tahun dan dikenakan 36 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, semalam.

Lelaki itu menerima hukuman berkenaan selepas mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama, dia yang tinggal di Marang mengaku salah merogol darah dagingnya sendiri yang ketika itu baru berusia 14 tahun dan sebulan, di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Selain itu, tanpa riak menyesal dia turut mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Masriwani Mahmud @ Mamat di hadapan Hakim Murtazadi Amran. -SH

Friday 5 December 2014

Disabit Suami Ketika Berzina



BACHOK: Seorang lelaki cedera parah akibat dibelasah dan dilibas dengan objek tajam.

Dalam kejadian itu, mangsa telah dilibas dengan sabit di bahagian belakang leher mengakibatkan telinganya putus separuh. Mangsa juga ditikam dengan sabit di bahagian belakang badannya.

Mangsa yang kehilangan banyak darah, dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Menurut sumber, punca kejadian adalah disebabkan mangsa yang dipercayai berzina dengan isteri orang.

Suami wanita yang berang terus menyerang mangsa dengan sabit sebelum menikam bahagian belakang badannya




Tuesday 2 December 2014

Video Pencabul Dibelasah Dalam Bas


Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana. Jumaat lalu, Arti dan Pooja Kumar, berusia 22 dan 19, telah dicabul secara lisan dan fizikal oleh tiga lelaki dalam sebuah bas yang sesak minggu lalu dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Rohtak, iaitu sebuah kawasan luar bandar Haryana yang bersempadan dengan New Delhi.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium.

"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.

Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.

Walaupun ramai yang memuji tindakan berani dua mangsa itu, ada sesetengah yang lain di dalam bas itu sekadar mentertawakan insiden tersebut.

"Syabas kepada #RohtakBravehearts. Dan saya benci lelaki-lelaki yang hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa dalam insiden tersebut,” kata seorang pengguna Twitter.

‘Braveheart’ merupakan istilah yang digunakan media bagi merujuk kepada gadis berusia 23 tahun yang mati selepas diperkosa beramai-ramai dalam sebuah bas di Delhi pada tahun 2012.

Serangan mengerikan itu telah mencetus kemarahan komuniti antarabangsa, protes jalanan dan juga penilaian semula mengenai layanan terhadap wanita di India.

Sesetengah masyarakat berharap insiden terbaharu itu dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain agar bertindak terhadap sebarang jenis gangguan seperti yang sering dialami setiap hari.

Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.

Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India.

Video Pencabul Dibelasah Dalam Bas



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...