tas tas tas tas
loading...

Friday 30 January 2015

2 Beradik Khalwat 2 Beradik


Jitra: Sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) yang melakukan serbuan ke sebuah bilik hotel bajet di sini, semalam terkejut apabila mendapati dua pasangan dicekup kerana disyaki berkhalwat adalah pasangan adik-beradik.

Difahamkan, si abang berusia 27 tahun dan adik lelakinya berusia 25 tahun dari Kuala Nerang membawa pasangan masing-masing yang juga adik-beradik berusia 18 dan 17 tahun dengan menunggang motosikal ke hotel berkenaan.

Lebih mengejutkan apabila dua beradik perempuan berasal dari Pokok Sena itu dikatakan baru berkenalan dengan pasangan mereka sejak sebulan lalu.

Mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik di hotel berkenaan kira-kira jam 3.15 pagi selepas sepasukan anggota penguat kuasa PADKP menerima maklumat berhubung kegiatan itu.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abd Mutalib berkata, sepasukan anggota penguat kuasa PADKP bergegas ke hotel itu sejurus menerima maklumat dan hasil pemeriksaan mendapati keadaan pintu bilik tertutup dan berkunci dari dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu hampir 10 minit, seorang lelaki berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dilakukan dalam bilik itu.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang lelaki dan dua remaja perempuan berada dalam bilik itu juga dengan berpakaian lengkap.

“Mereka memberi alasan hanya bermalam dengan menyewa bilik berkenaan disebabkan sudah lewat untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, tindakan mereka tinggal bersama tanpa sebarang ikatan sah atau mahram boleh mengundang maksiat dan ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.

Katanya, si abang yang bekerja di sebuah syarikat pelupusan sampah sepatutnya menjaga adik lelakinya dengan baik, manakala si kakak pula sepatutnya memberi contoh kepada adik perempuannya yang sudah tidak bersekolah supaya menjaga maruah masing-masing.

Berikutan itu, menurutnya, keempat-empat mereka ditahan bagi membantu siasatan.
dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk laporan tangkapan.- HM

Sunday 18 January 2015

Pekerja KFC Bergaduh



PETALING JAYA: Rakaman video pergaduhan dua pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi viral di laman sosial.

Berdasarkan status yang dipaparkan di laman rasmi Facebook kumpulan rangkaian makanan segera itu,  mereka bergaduh mengenai masalah peribadi.

Status di laman itu juga menjelaskan pergaduhan itu berlaku di antara adik beradik.

Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan.

Ling menulis, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.

"KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika  bekerja, namun ia gagal dielakkan.

"Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi," jelas Ling.

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut.

Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang  budak penghantar (delivery boy).

Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi  'flying kick' kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan.

Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Rakaman Video Pekerja KFC Bergaduh



Saturday 10 January 2015

Gadis Melayu Dicabul Oleh Artis KPOP

Gadis-gadis melayu gairah peluk cium dengan artis k-pop  ( Artis Korean )


Dengan Berahi mereka berpeluk dan bercium...








Nasib baik tak buat macam ni....




VIDEO Artis KPOP dan Perempuan Melayu




Gambar Intim Nonny Nadirah Tersebar


PETALING JAYA: Pelakon Nonny (AF5) mengesyaki ada pihak-pihak tertentu melakukan komplot untuk menjatuhkan kerjayanya dengan mencari jalan menyebarkan gambar-gambar lama simpanannya.

Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 26, berkata, sejak putus cinta pada bulan lalu, dia dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena sehinggalah timbul isu gambar berkenaan.



"Kalau boleh saya tidak mahu tuduh sesiapa tetapi sejak putus cinta bulan lalu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya.

"Semua itu berpunca selepas saya menolak pinangan bekas kekasih saya atas sebab-sebab tertentu.

"Kemudian selepas itu saya mendapat tahu ada individu ingin menyebarkan gambar-gambar saya bersama bekas teman lelaki saya itu. Saya rasa individu itu tidak senang hati lebih-lebih lagi melihat kerjaya seni saya yang semakin baik," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi disini pada Khamis.

Nonny berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai beberapa keping foto mesranya dengan seorang lelaki yang diterima oleh mStar Online daripada individu yang tidak dikenali.

Bagaimanapun Nonny mengakui foto tersebut adalah dirinya yang diambil ketika masih menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan.

Dia turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan foto tersebut kerana tidak mustahil ia akan tersebar dengan meluas tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Nonny turut berasa kesal atas kelakuannya itu apatah lagi dia berazam ingin membina namanya semula sebagai pelakon serta penyanyi pada tahun ini.

"Sudahlah nama saya baru nak naik sejak terlibat dengan drama Istikharah Cinta (kini sedang ditayangkan di TV3).

"Tiba-tiba ada pula pihak yang cuba mengenakan saya. Bagaimanapun saya akur, ia juga atas kesilapan saya sebelum ini mengambil foto mesra seperti itu," ujarnya.

Sementara itu, Nonny berkata, sejak drama Istikharah Cinta disiarkan, rezeki lakonannya juga semakin bertambah.

"Syukur apabila beberapa penerbit mula mempercayai bakat saya ini.

"Mungkin kerana impak watak antagonis sebagai Haiza dalam drama itu membuatkan masyarakat mudah ingat. Apa-apapun, ini semua adalah rezeki keluarga.

"Cuma yang tak seronoknya apabila awal tahun saya dimulakan dengan dugaan penyebaran foto pula," tuturnya. - mStar


Thursday 8 January 2015

Video JPJ Kena Buli

JPJ Dibuli

Sebuah video yang dimuatnaik ke laman sosial Facebook oleh akaun 'Chandara Lawan Tetap Lawan' telah menarik perhatian lebih 3,000 pelayar.

Video rakaman amatur berkenaan, yang menyaksikan sebuah kenderaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang cuba menahan sebuah lori yang dikatakan membawa lebih muatan.

Pemandu lori tersebut memandu secara melulu selepas menyedari dirinya dalam pemerhatian pihak berkuasa.

Walaupun akhirnya lori tersebut berhenti, pemandu lori berkenaan mengambil kesempatan melarikan diri selepas pihak berkuasa memberhentikan kenderaan mereka.

Menariknya, pelayar Facebook yang menonton video berkenaan memberikan reaksi yang berbeza-beza.

Ada yang menghentam pihak berkuasa yang terlibat tanpa sebab, tak kurang juga yang seratus peratus menyalahkan pemandu lori yang memandu secara merbahaya.

Lokasi dan waktu kejadian gagal ditentukan.


Video JPJ Dibuli Pemandu Lori Tanah




Wednesday 7 January 2015

Dirogol kekasih kakak


KAJANG – Gara-gara bertemu kekasih kakak kandungnya, seorang pelajar tingkatan empat berdepan detik hitam apabila dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah pangsapuri di Jalan Anggerik Perdana, dekat sini, November lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa baru mengenali teman lelaki kakaknya itu.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa pergi berjumpa dengan suspek di tangga tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.

“Mulanya mangsa hanya sekadar berborak-borak dengan suspek, bagaimanapun suspek bertindak di luar jangkaan apabila mmerogol mangsa.

“Ketika insiden itu berlaku, mangsa menjerit untuk mendapatkan bantuan, namun gagal selepas jeritannya tidak didengari," katanya.

Beliau berkata, mangsa akhirnya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap, Jumaat lalu.

Menurutnya, siasatan mendapati suspek juga pernah merogol kakak mangsa beberapa kali di tangga berkenaan dan terakhir melakukannya pada 24 Disember lalu.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu, bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, seorang pelajar tingkatan tiga turut menjadi mangsa rogol kenalannya yang dikenali melalui aplikasi sosial WeChat dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 10, Cheras, dekat sini, Khamis lalu.

“Pelajar berusia 15 tahun yang baru mengenali lelaki berkenaan dalam tempoh seminggu terpedaya dengan ajakan untuk keluar minum.

“Suspek membawa mangsa pulang ke rumahnya sebelum merogolnya kira-kira jam 12.30 tengah malam. Bagaimanapun suspek yang bekerja di pasar malam ditahan Ahad lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya. -SH


Saturday 3 January 2015

Kanak 6 Tahun Cuba Rogol Rakan



Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun cuba memperkosa rakan sebaya di dalam tandas selepas meniru aksi hubungan kelamin dilakukan ibu bapanya.

Dalam kejadian 22 Disember lalu, kanak-kanak lelaki itu dikatakan menarik mangsa ke dalam tandas di medan selera Taman Keramat, di sini.

Suspek memaksa rakannya membuka baju sebelum cuba melakukan persetubuhan.

Kejadian itu terbongkar selepas ibu saudara mangsa yang mengetahui kejadian itu menceritakan perbuatan jenayah itu kepada bapa kanak-kanak perempuan berkenaan, semalam.

Sumber polis berkata, bapa mangsa bertanyakan perkara itu kepada anaknya bagi mendapatkan kepastian.

“Mangsa memberitahu rakannya cuba memasukkan kemaluan ke dalam alat sulitnya.

“Kejadian itu berlaku tiga kali di tempat sama sebelum ini, namun mangsa tidak menceritakan perkara itu kepada bapanya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. -HM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...