tas tas tas tas
loading...

Sunday 12 July 2015

Pergaduhan Di Plaza Lowyat



Berikutan pergaduhan yang berlaku di Plaza Lowyat semalam, pihak polis akhirnya tampil memberi penjelasan menjelaskan apa yang berlaku di sebalik kejadian.

Sejak dari tercetusnya pergaduhan kira-kira jam 7.50 malam semalam, orang ramai mula tertanya-tanya apa punca kejadian.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, salah seorang dari tujuh lelaki yang terbabit sudah ditahan polis dan mendakwa mereka ditipu oleh peniaga di Lowyat.

“Siasatan juga akan dilihat dari segi produk dan proses jual beli kerana mereka (yang mengamuk) mendakwa ditipu oleh peniaga.”

Selain itu, pihaknya juga akan meminta KPDNKK agar menyiasat dakwaan terbabit.

“Jadi bila menyebabkan penipuan kepada pengguna ini, kita minta KPDNKK untuk bersama menyiasat perkara ini,” memetik laporan dari Astro Awani.

Lelaki terbabit yang berusia 22 tahun telah ditahan oleh pengawal keselamatan dan diserahkan kepada pihak polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 dan 427 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Kerugian akibat kejadian pula dianggarkan melebihi RM70,000





Tuesday 7 July 2015

Ketua Geng 36 Dicekup Polis


Seorang ketua kongsi gelap Geng 36 digelar ‘Raj Boy’ dicekup sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.

Suspek berusia 30-an dilaporkan ditahan di sekitar Seremban 2 Julai lalu kira-kira jam 11 malam kerana dipercayai kembali aktif dalam kegiatan kongsi gelap selain jenayah terancang seperti pemerasan, ugutan, pergaduhan dan along.

Menurut sumber, selain Raj Boy, seorang lagi ketua kongsi gelap iaitu Geng 08 berusia 40-an turut dicekup pasukan sama.

Kedua-dua suspek adalah individu yang paling dikehendaki Kontinjen Polis Negeri Sembilan.

“Selepas menerima maklumat awam selain risikan beberapa minggu, Bukit Aman menahan kedua-dua suspek di kawasan berasingan.

“Raj Boy ditahan pada 2 Julai lalu di Seremban manakala ketua kumpulan 08 pula ditahan sekitar Rembau sehari kemudian,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek adalah bekas tahanan mengikut Ordinan Darurat (EO) dan dibebaskan selepas ia dimansuhkan.

“Sebaik dibebaskan dari EO hampir setahun lalu, kedua-dua suspek bukan saja kembali mengepalai kumpulan kongsi gelap masing-masing, malah memulakan aktiviti jenayah terancang sehingga menjejaskan keselamatan awam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman Datuk Roslee Chik ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek terbabit.

Friday 3 July 2015

Inspektor Kesihatan Diserang Dengan Parang


Mahu halau nyamuk, namun dihalang lelaki amuk. Itu yang berlaku terhadap beberapa kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut apabila nyaris ditetak seorang lelaki di sebuah flat di Ayer Itam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.45 petang itu, lelaki berusia 31 tahun itu dikatakan tidak berpuas hati dengan kerja semburan nyamuk (fogging) yang dilakukan kakitangan pejabat kesihatan terbabit sebelum dia mengambil parang dan mengacukan kepada mereka.

Aksi lelaki terbabit yang mengamuk memegang parang dan mengugut mahu menetak seorang inspektor kesihatan berjaya dirakam dan menjadi viral di media sosial.

Dalam video berdurasi 37 saat itu, dia yang dilihat bersinglet serta berseluar hitam memegang parang sambil menjerit memarahi kakitangan kesihatan kerana mendakwa mereka melakukan semburan asap tanpa memberikan notis.

Dia turut mempersoalkan tindakan itu dengan mengatakan semburan terbabit akan membahayakan nyawa mereka sekeluarga terutama anaknya.




Gaduh Bazar Ramadan


Dua peniaga di Bazar Ramadan Jalan Taiping di sini, diserang 15 ahli kumpulan samseng dalam kejadian di tapak bazar itu, 11.30 malam tadi.

Satu rakaman video berdurasi kira-kira seminit membabitkan pergaduhan kumpulan itu dengan mangsa menjadi viral di laman sosial Facebook, hari ini.

Menurut sumber, peniaga terbabit diserang selepas dua ahli kumpulan samseng mahu mengambil barang yang diniagakan mereka.

"Mangsa dipukul menggunakan tukul besi dan buku lima oleh kumpulan berkenaan sebelum dileraikan orang ramai.

"Bagaimanapun ketua mereka meminta pengikutnya mengambil pistol yang berada di dalam kereta untuk menggertak peniaga terbabit," katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, sedang menyiasat insiden itu.


VIDEO Rakaman pergaduhan antara dua kumpulan Melayu.
Difahamkan salah seorang dari rakan dari kumpulan (belah kanan) dibelasah teruk hingga berdarah di kepala.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...