tas tas tas tas
loading...

Tuesday 9 September 2014

Haji Liwat OKU Dalam Masjid


ALOR SETAR - Polis menahan seorang lelaki berstatus haji bagi membantu siasatan kes liwat terhadap seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di sebuah masjid di Tunjang, dekat Jitra Khamis lepas.
 
Polis menahan suspek yang berusia 50-an itu di rumahnya di Jitra selepas mangsa berkenaan yang cacat penglihatan berusia 46 tahun membuat laporan di Balai Polis Jitra kira-kira 12.40 tengah hari semalam.
 
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa telah dijemput oleh suspek di rumahnya dengan sebuah motosikal untuk ke masjid.
 
Katanya sebaik tiba di masjid, mangsa yang mengenali suspek sejak tiga bulan lalu telah diberi makan terlebih dahulu.
 
"Suspek telah mengunci pintu masjid yang ketika itu kosong sebelum mengambil kesempatan meliwatnya di situ. Suspek kemudiannya telah menghantar mangsa ke rumahnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya mangsa kemudiannya mengadukan perkara itu kepada kakak iparnya.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Superintendan Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
 
Katanya, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Jitra tengah hari semalam dan dibawa ke Hospital Jitra untuk pemeriksaan lanjut.
 
Beliau berkata, bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis telah menahan suspek pada hari yang sama.
 
"Suspek kini ditahan reman selama lima hari mulai semalam untuk membantu siasatan.
 
"Kes disiasat di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan jika didapati bersalah," katanya.  - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...