tas tas tas tas
loading...

Sunday 26 April 2015

Model Sabah Bogel di Jalan Petaling



KUALA LUMPUR – Seorang model dari Sabah yang bertindak menanggalkan baju sehingga mendedahkan payudaranya di Jalan Petaling di sini pada Khamis lalu kerana enggan membayar harga dua botol minuman keras di sebuah restoran telah ditahan polis semalam.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pada pukul 5.30 pagi di sebuah hotel bajet di Jalan Sultan di sini oleh sepasukan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, pihaknya mengesahkan bahawa wanita terbabit adalah warga tempatan yang berasal dari Sabah dan bukan warga Iran seperti yang dilaporkan akhbar tempatan semalam.

Katanya, wanita itu memberi butiran diri secara lisan apabila dia gagal mengemukakan sebarang dokumen diri ketika ditahan polis di hotel berkenaan.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, kita pergi ke hotel berkenaan dan menahan wanita terbabit untuk siasatan.

“Kami akan menjalankan ujian air kencing selepas siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai di bawah pengaruh dadah ketika ditahan,” katanya di sini semalam.



VIDEO yang dimuat naik di Youtube memaparkan pergaduhan dua wanita sehingga salah seorangnya tampil membuka baju telah mencetuskan kekecohan di media sosial dan menjadi viral.

Daripada rakaman wanita yang bertindak berani membuka baju pada mulanya dihalang seorang wanita lain dipercayai peniaga di Petaling Street kerana dituduh mengambil barang tanpa membayarnya.

Walaupun dia sepatutnya malu apabila dituduh mencuri di khalayak ramai, wanita terbabit bagaimanapun menarik perhatian lebih ramai orang apabila menjerit menyatakan dia sudah membayar sambil menanggalkan sehelai demi sehelai baju dipakainya.

Kemuncak perbuatannya apabila wanita tersebut yang mengulang ayat, “What is your problem, I pay you” itu menanggalkan colinya tanpa ragu-ragu.

Akibatnya peniaga yang menuduhnya pula naik malu dan dilihat enggan memanjangkan pergaduhan apatah lagi wanita tersebut seolah-olah ‘mabuk’ apabila begitu bangga memperagakan badannya yang tidak dilitupi seurat benang pun di bahagian atas.

Pada perkiraan kami, ini mungkin perbuatan cuba mengelak malu paling gila dan ‘menakjubkan’ oleh seorang wanita terdesak bila dituduh mencuri.

Friday 10 April 2015

Geng 04, 08, 36 Diburu Polis


GEORGETOWN - Polis memperhebatkan usaha memburu 26 samseng dari Geng 04, 08 dan 36 yang dipercayai aktif terlibat pergaduhan berkumpulan di negeri ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka berusia antara 22 hingga 36 tahun sedang diburu untuk membantu siasatan kes jenayah kekerasan.

Beliau berkata, ia membabitkan pergaduhan antara kumpulan samseng yang bermotifkan balas dendam seperti kes pergaduhan antara dua geng di sebuah restoran dekat Tanjung Tokong baru-baru ini.

"Mereka yang diburu dipercayai selalu melakukan jenayah kekerasan di Pulau Pinang dan masing-masing mempunyai rekod kesalahan lampau bawah kesalahan 'Indian Thug Geng'," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai samseng terbabit diminta menyalurkan maklumat untuk membantu polis menyelesaikan siasatan. -SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...