tas tas tas tas
loading...

Sunday 2 October 2016

Pelajar Dirogol Dalam Bilik Stor



MELAKA: Dua pelajar senior didakwa merogol pelajar perempuan berusia 13 tahun di dalam kawasan sekolah di Jasin dekat sini.

Pelajar perempuan tingkatan satu itu mendakwa diheret masuk ke dalam bilik stor oleh dua pelajar senior kira-kira pukul 2.30 petang Selasa.

Sebaik berada di bilik itu, kedua-dua pelajar senior itu didakwa menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

Seorang kakitangan pentadbiran yang melalui kawasan kejadian, terdengar bunyi teriakan dan bergegas masuk ke dalam bilik stor itu untuk melakukan pemeriksaan.

Terkejut dengan kehadirannya, dua pelajar lelaki itu melarikan diri dan pelajar perempuan itu dibawa ke pejabat pengetua.

Semasa di bilik pengetua, pelajar wanita itu menceritakan bagaimana dia diheret masuk ke dalam bilik stor dan dibogelkan sebelum dirogol.

Difahamkan salah seorang pelajar lelaki mengaku melakukan perbuatan itu ketika disoal siasat pada keesokan harinya.

Namun dia mendakwa pelajar perempuan itu membenarkan perbuatan seksual tersebut.

Satu laporan polis dibuat di balai polis Jasin pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata polis menahan dua pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Kami sudah menghantar gadis itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Siasatan sedang dijalankan atas kesalahan rogol statutori," katanya.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin mengakui amat terkejut dan tidak percaya insiden seperti itu berlaku.

"Perbuatan itu berlaku di dalam kawasan sekolah pada waktu siang. Sudah tiba masanya pihak sekolah memperketatkan kawalan keselamatan," katanya

2 Maut Mangsa Amuk


Baling: Seorang lelaki mengamuk sebelum memukul adik dan ibu saudaranya sehingga maut di kediaman mereka di Kampung Lanai, Parit Parit Panjang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.50 pagi itu, suspek, 31, dikatakan tiba-tiba mengamuk sebelum memukul adiknya, Muhammad Azuan Wahab, 25, yang lumpuh dengan pengukur kelapa dan kayu di kepala menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, bagaimanapun ibu saudara mereka, Rokiah Abdullah, 52, yang tinggal berhampiran rumah mereka mendengar bunyi bising sebelum datang untuk memeriksa.

"Namun sebaik melihat ibu saudaranya, suspek terus keluar dan memukul kepala wanita dengan bata menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal dunia.

"Selepas mengamuk suspek tidak melarikan diri sebelum kejadian itu disedari ibunya yang kemudian meminta bantuan orang kampung yang kemudian menahan dan mengikatnya di pokok sebelum menghubungi polis,"



Saturday 1 October 2016

Pesawat Ditunda -Getaran Alat Mainan Seks


Penerbangan domestik AirAsia dari Chiang Mai ke Don Mueang ke Bangkok ditunda seketika berpunca daripada bunyi getaran alat mainan seks yang disangka adalah sebuah bom.

Memetik laporan Daily Star, getaran itu telah menyebabkan suasana di dalam pesawat bertukar panik apabila kakitangan pesawat mendengar dengungan yang kuat daripada sebuah beg sandang berwarna hijau.

Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, petugas pesawat meminta bantuan pakar pemusnah bom ke landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai untuk mengesahkan perkara itu.

"Tetapi mereka  menarik nafas lega apabila sebaik sahaja beg itu dibuka ternyata punca bunyi getaran itu hanyalah daripada alat mainan seks," kata petugas pesawat.

Penerbangan itu dijadual berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai Thailand ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang pada jam 8:25 pagi  pada hari Rabu.

Ia berlepas sejurus selepas 8:30 pagi kemudian.

Jurucakap Thai AirAsia berkata, syarikat penerbangan itu tidak merampas barang itu kerana ia tidak mengancam keselamatan penerbangan.

"Penerbangan itu tertunda selama lima minit," kata jurucakap itu memberitahu Daily Star.

Pemerkosaan Paksa dihotel


Awalnya Si wanita mengira hanya main di hotel tetapi ternyata wanita tersebut ingin diperkosa oleh Si lelaki, wanita itupun berusaha kabur tetapi di tarik lagi ke dalam kamar hotel.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...