tas tas tas tas
loading...

Saturday 16 September 2017

Kes Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


KUALA LUMPUR: Awan mendung seakan mengerti kemuraman suasana pilu, yang menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, ketika menunggu jenazah 11 pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran, petang tadi.

Lebih memilukan orang ramai turut mengalirkan air mata melihat sebaik saja talkin dibacakan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Selain ahli keluarga terdekat, sanak saudara dan sahabat handai, ratusan orang ramai turut mengiringi jenazah mangsa ke tanah perkuburan seawal jam 2 petang.

Van pertama membawa jenazah Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, tiba di perkarangan tanah perkuburan jam 6.30 petang, diiringi anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Saat laungan azan Maghrib berkumandang, kira-kira jam 7.15 malam, enam lagi jenazah pelajar tahfiz dibawa memasuki perkarangan kubur.

Jenazah pelajar yang tiba adalah Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12; Muhammad Nizammudin Nasrun, 13; Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16; Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11; Muhammad Zattulah Roslan, 11 dan Muhammad Syafik Haikal Mohd Sulaiman, 13.

Kesemua mereka dikebumikan secara serentak tepat jam 7.30 malam.

Bagaimanapun, keadaan gelap di sekitar tanah perkuburan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa menggunakan lampu bagi membolehkan proses pengebumian dijalankan dengan lancar.

Tepat jam 7.40 malam, empat lagi jenazah pelajar tahfiz tiba iaitu Muhammad Danieal Md Amin, 14, Muhd Haris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10 dan abangnya Muhammad Hafiz Iskandar, 11.

Jenazah terakhir yang dibawa keluar adalah Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13 dan selamat dikebumikan pada jam 8.15 malam.

Senarai jenazah pelajar dan warden Pusat Tahfiz yang dikebumikan:

1. Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10 tahun

2. Ahmad Harith Adam Mohd Nor Hadi, 12 tahun

3. Muhammad Nizammudin Nasrun, 13 tahun

4. Muhammad Taufik Hidayat Norazizan, 16 tahun

5. Amiel Asyraaf Abd Rasid, 11 tahun

6. Muhammad Zattulah Roslan, 11 tahun

7. Muhammad Syafik Haikal Mohd Sulaiman, 13 tahun

8. Muhammad Harris Ikhwan Mohd Sulaiman,10 tahun

9. Muhammad Danieal Md Amin, 14 tahun

10. Muhammad Hafiz Iskandar Mohd Sulaiman, 11 tahun

11. Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13 tahun


KRONOLOGI

2 petang: Ahli keluarga dan waris mula berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves.

4 petang: Kawasan perkuburan mula dipenuhi keluarga dan waris. Cuaca mendung mengundang suasana pilu di kalangan ahli keluarga.

5.20 petang: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, menyampaikan tazkirah sementara waris dan ahli keluarga menunggu ketibaan jenazah.

5.30 petang: Naib Presiden PKR, Tian Chua hadir bagi memberi penghormatan kepada jenazah.

6.30 petang: Van jenazah membawa mangsa pertama, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri, 10, tiba di perkarangan tanah perkuburan.

7.20 malam: Enam van tiba membawa jenazah dengan diiringi laungan azan Maghrib.

7.40 petang: Empat van membawa jenazah Muhammad Hazim Ahmad Nor, 13, Muhammad Danieal Md Amin, 14, Muhd Haris Ikhwan Mohd Sulaiman, 10 dan abangnya Muhammad Hafiz Iskandar, 11, tiba diiringi anggota polis.

8.15: Bacaan talkin disempurnakan Ustaz Mohamad Shukeri Yaaccob dan dibantu Ustaz Al-hafiz Ramli.



Tragedi Tahfiz: Disyaki Menyelinap Keluar Sejam Sebelum Kebakaran, Seorang Remaja Lelaki Ditahan



Polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan dalam tragedi kebakaran di  Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Datuk Keramat, di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pelajar itu dibawa ke lokasi kebakaran petang tadi sebahagian daripada siasatan.

"Ya, memang ada tangkapan dibuat tetapi ia merupakan sebahagian daripada siasatan, tetapi buat masa ini masih terlalu awal untuk kami menentukan punca kebakaran kerana masih lagi menunggu laporan pakar forensik," katanya.

Sebelum ini, berita mengenai seorang pelajar tahfiz menyelinap keluar dari asrama beberapa jam sebelum kejadian kebakaran ditahan polis untuk siasatan telah tular.

Sementara itu, seorang kakitangan pusat tahfiz yang enggan dikenali berkata remaja yang dibawa melawat ke lokasi kejadian bukanlah pelajar sekolah berkenaan tetapi disyaki terlibat dalam kes kecurian di bangunan pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Menurutnya, bangunan PPIM itu terletak bersebelahan pusat tahfiz yang kini dalam proses baik pulih yang memungkinkan kes kecurian berlaku.

PPIM sebelum ini mendakwa rakaman kamera litar tertutupnya mengesan kelibat lelaki yang menceroboh pejabatnya kira-kira jam 3.15 pagi.


Rakaman CCTV Suspek Kes 
Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah


Wajah suspek lihat di : http://www.infokini.my/wajah-wajah-suspek-membunuh-pelajar-tahfiz/



Tuesday 12 September 2017

Jururawat Dicabul



SHAH ALAM - Seorang jururawat dicabul ketika sedang bertugas di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Lebih teruk lagi, dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Jumaat lalu, suspek yang merupakan pesakit di hospital terbabit adalah berpangkat ‘Datuk’.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, mangsa berusia 19 tahun mendakwa telah dicabul dengan cara dipegang punggung, payudara dan dicium pipi oleh seorang pesakit.


Menurutnya, kejadian itu berlaku di wad hospital terbabit.

"Mangsa kemudian telah membuat laporan polis berhubung insiden itu. Suspek berusia 58 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Tambah Fadzil, suspek merupakan seorang ketua pegawai eksekutif syarikat hartanah dan pelaburan terkemuka di Malaysia berpangkat Datuk.

Katanya, suspek telah direman selama empat hari bagi membantu siasatan.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/jururawat-dicabul-datuk-di-wad-1.729832

Pelajar hamil dengan 5 lelaki



KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan lima yang sedang hamil tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu.

Ketua Polis  Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan, tiga di Bachok, manakala satu di Kota Bharu, dua daripadanya berlaku tanpa kerelaan mangsa (pengadu).

“Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya.

Beliau berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya sebelum datang seorang lagi rakan lelaki lain yang turut sama memaksa pengadu melakukan seks.

“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” katanya.

Nik Aminuddin berkata, sebaik tiba di rumah, abang pengadu kemudian membawa pengadu ke balai polis untuk memaklumkan kepulangan adiknya berkait laporan polis Binjai.

“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/pelajar-hamil-seks-dengan-5-lelaki-1.728764


Saturday 9 September 2017

Terkejut Lihat Anak Gadis Bertuala Bersama Boyfriend

Kantoi! Bapa terkejut lihat anak gadisnya dalam bilik bertuala bersama teman lelaki.



BUKIT BELIMBING - Alangkah terkejutnya seorang bapa angkat apabila melihat anak gadisnya berdua-duaan dengan teman lelaki di dalam rumah semasa ketiadaannya.

Lebih menyebabkan hatinya berkecai ialah keadaan anak gadisnya yang masih bersekolah di Tingkatan Empat itu hanya memakai tuala mandi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Dzaffir Mohd Yussof berkata, lelaki berkenaan yang baru pulang dari pejabat melihat pintu hadapan rumahnya berkunci.


Mohd Yussof berkata, dia kemudiannya masuk melalui pintu belakang dan melihat kedua-duanya sedang berada dalam bilik anak perempuannya.

"Teman lelaki anak angkat perempuannya itu kemudian juga pelajar Tingkatan 4 direman selama empat hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/terkejut-temui-anak-hanya-bertuala-dengan-teman-lelaki-1.728493

Sunday 3 September 2017

Screenshot Bini Orang Curang Di Bulan Puasa


Lambakan applikasi komunikasi dan media sosial yang tersedia untuk pengguna-pengguna telefon pintar ada kalanya banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.

Bukan pertama kali kita dengari cerita suami isteri yang bergaduh akibat orang ketiga yang dikenali melalui laman-laman media sosial ini ataupun menerusi applikasi WeChat dan BeeTalk yang menjadi punca utama perceraian di kalangan pasangan suami isteri.

Baru-baru ini, beberapa keping screenshot yang memaparkan perbualan lucah di antara isteri orang dengan lelaki lain tersebar di sebuah laman media sosial.

Perbualan selepas melakukan hubungan seks


Adakah isteri orang suka orang muda?


Isteri orang curang di bulan puasa

Seluar dalam dan baju dalam bini orang dijadikan pemuas nafsu




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...