tas tas tas tas
loading...

Sunday 25 February 2018

Remaja Hamil Dirogol 9 Askar


REMAJA yang dikatakan dirogol sembilan anggota tentera disahkan hamil sembilan minggu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Katanya, suspek utama adalah kenalan mangsa mangsa selain lapan lagi anggota tentera yang kini ditahan reman hingga 1 Mac ini.

“Polis Johor sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian Disember tahun lalu.

“Semua mereka berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan segera.

"Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, hari ini.

Mohd Khalil berkata, kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan dan boleh dipenjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Kelmarin, media melaporkan sembilan anggota tentera itu yang juga penuntut Kursus Artileri Kelas 2, siri 3/2017, di 33 Rejimen Altileri Diraja (RAD) Kluang ditahan Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan maklumat daripada polis.

Penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Rabu lalu.

Dirogol boyfriend WeChat


PELAJAR tingkatan tiga mendakwa dirogol teman lelaki yang dikenali menerusi aplikasi WeChat di sebuah rumah di Taman Samudera, Wangsa Maju, minggu lalu.

Mangsa sebelum itu mendakwa mengikut teman lelakinya yang berusia 19 tahun ke rumahnya untuk berehat selepas tamat sesi persekolahan.

Menurut sumber polis, selepas tiba di rumah lelaki berkenaan, suspek kemudian mengajak mangsa masuk ke dalam biliknya.

"Suspek menyuruh mangsa membuka baju sekolah yang dipakai sebelum meraba kemaluan mangsa.

"Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek cuba menolak, namun suspek bertindak ganas ke atas mangsa," katanya.

Katanya, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa berbaring sebelum merogolnya.

"Selepas itu, suspek menghantarnya pulang ke rumah. Remaja berkenaan memaklumkan kejadian kepada keluarga sebelum laporan polis dibuat Selasa lalu," katanya.

Sumber berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan pemeriksaan lanjut.

"Polis kini giat menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...