tas tas tas tas
loading...

Monday 1 October 2018

3 Sahabat Rogol Kekasih


TIGA rakan didakwa di Mahkamah Seksyen Taiping kerana merogol gadis bawah umur, bulan lalu.

Bagaimanapun tertuduh, Muhammad Saifuan Abdul Aziz, 18, bersama Mohamad Shah Izzwan Azizuddin dan Muhammad Azrul Ahmad Tarmizi, yang kedua-duanya berusia 22 tahun, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh didakwa merogol secara berkumpulan ke atas mangsa yang berusia 15 tahun di bilik No 3, Motel Wonderful, Taiping, antara 5.25 pagi dan 11 pagi pada 17 Ogos lalu.


Mohamad Shah Izzwan, Muhammad Saifuan dan Muhammad Azrul didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana merogol secara berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Hakim Che Noralashiken Abd Razak membenarkan jaminan RM8,000 setiap seorang bersama seorang penjamin dan menetapkan 23 Oktober ini bagi kes pengurusan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Safiyatun Ahmadun manakala tertuduh tidak diwakili peguam.




Sunday 17 June 2018

Suami diikat, isteri dan anak dinoda 20 lelaki



BIHAR - INDIA. Kejam!  Begitulah tindakan sekumpulan lelaki bersenjata yang mengikat seorang lelaki ke sebatang pokok lalu menodai isteri serta anak perempuannya.

Dalam insiden Rabu lalu, sepasang suami isteri dan anak mereka berusia 15 tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah menaiki motosikal setelah menutup klinik mereka di daerah Bihar.

Setibanya di sebuah kawasan sunyi berhampiran sebuah kampung, kira-kira jam 8 malam waktu tempatan, keluarga malang itu dikepung sekumpulan 20 lelaki bersenjata.

Si suami yang juga seorang doktor, telah diikat ke sebatang pokok apabila cuba melindungi keluarganya daripada diganggu samseng berkenaan.

Lebih menyedihkan, dia melihat isteri dan anak gadisnya dinoda kumpulan lelaki tersebut yang turut mengacukan pistol ke arah mangsa.

Inspektor Jeneral Nayyer Hasnain Khan berkata, kumpulan lelaki terbabit turut disyaki terlibat dalam rompakan bersenjata di kawasan tersebut beberapa hari sebelum kejadian itu.

Pihak polis Bihar memaklumkan dua dari kesemua suspek yang ditahan telah dikenalpasti oleh mangsa.

India mencatat 40,000 kes keganasan seksual di seluruh negara pada tahun 2016 dan ia dilaporkan semakin meningkat setiap tahun.

Sumber: http://zipansion.com/1b1bN

Friday 4 May 2018

Skandal Mat Sabu



Rakaman perbualan yang dikatakan Mat Sabu dan seorang perempuan bernama Zaza...



Wednesday 21 March 2018

Pelajar kantoi 'projek'



SYDNEY - AUSTRALIA. Tindakan tidak senonoh dua pelajar ini sememangnya memalukan.

Pasangan pelajar terbabit dirakamkan sedang melakukan hubungan seks di luar bangunan di Universiti New South Wales di Sydney pada waktu siang.

Suara orang ketawa dan menjerit melihat 'aksi' pasangan tersebut dapat didengari menerusi klip itu dipercayai dirakamkan oleh pelajar di kampus terbabit.

Mereka seolah-olah tidak mempedulikan keadaan sekeliling atau bimbang ditangkap walaupun ketika itu keadaan sekitar pusat pengajian terbabit agak sibuk.

Rakaman tersebut telah dikongsi di laman perkongsian video LiveLeak dan mendapat ribuan tontonan hanya dalam tempoh 24 jam.

Minggu lalu, sepasang kekasih ditangkap melakukan hubungan intim di tempat awam.

Pasangan itu dilihat asyik bermadu asmara di atas paip kumbahan di pantai di Thailand.

Aksi mereka menerusi tiga sudut berbeza turut dimuat naik di LiveLeak.

Sunday 25 February 2018

Remaja Hamil Dirogol 9 Askar


REMAJA yang dikatakan dirogol sembilan anggota tentera disahkan hamil sembilan minggu, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Katanya, suspek utama adalah kenalan mangsa mangsa selain lapan lagi anggota tentera yang kini ditahan reman hingga 1 Mac ini.

“Polis Johor sedang melengkapkan siasatan berhubung tangkapan sembilan anggota tentera yang disyaki merogol remaja perempuan berusia 17 tahun dalam kejadian Disember tahun lalu.

“Semua mereka berusia antara 19 hingga 24 tahun itu masih ditahan reman sehingga 1 Mac ini dan laporan siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara dengan segera.

"Mangsa kini disahkan hamil sembilan minggu dan susulan laporan polis yang dibuat mangsa," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di Johor Bahru, hari ini.

Mohd Khalil berkata, kes disiasat mengikut seksyen 375B Kanun Keseksaan iaitu rogol berkumpulan dan boleh dipenjara maksimum 30 tahun, jika sabit kesalahan.

Kelmarin, media melaporkan sembilan anggota tentera itu yang juga penuntut Kursus Artileri Kelas 2, siri 3/2017, di 33 Rejimen Altileri Diraja (RAD) Kluang ditahan Cawangan Penyiasatan Khas (CPK) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) susulan maklumat daripada polis.

Penahanan itu dibuat selepas mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Rabu lalu.

Dirogol boyfriend WeChat


PELAJAR tingkatan tiga mendakwa dirogol teman lelaki yang dikenali menerusi aplikasi WeChat di sebuah rumah di Taman Samudera, Wangsa Maju, minggu lalu.

Mangsa sebelum itu mendakwa mengikut teman lelakinya yang berusia 19 tahun ke rumahnya untuk berehat selepas tamat sesi persekolahan.

Menurut sumber polis, selepas tiba di rumah lelaki berkenaan, suspek kemudian mengajak mangsa masuk ke dalam biliknya.

"Suspek menyuruh mangsa membuka baju sekolah yang dipakai sebelum meraba kemaluan mangsa.

"Mangsa yang terkejut dengan perbuatan suspek cuba menolak, namun suspek bertindak ganas ke atas mangsa," katanya.

Katanya, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa berbaring sebelum merogolnya.

"Selepas itu, suspek menghantarnya pulang ke rumah. Remaja berkenaan memaklumkan kejadian kepada keluarga sebelum laporan polis dibuat Selasa lalu," katanya.

Sumber berkata, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan pemeriksaan lanjut.

"Polis kini giat menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...