tas tas tas tas
loading...

Friday 10 June 2016

Tikam Isteri Kerana Curang



Kota Kinabalu: Seorang lelaki bertindak nekad menikam isterinya dengan pisau selepas mengesyaki wanita terbabit curang dalam kejadian di salun kecantikan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi, mangsa berusia 36 tahun yang juga pekerja salun cedera di dada dan lengan kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suami mangsa berusia 50 tahun muncul di pusat salun dengan membawa beg plastik merah dipercayai mengandungi pisau.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.

“Melihat suami semakin hilang sabar, wanita terbabit melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan rakan sekerjanya,” katanya.

Tuesday 7 June 2016

Kemaluan kanak-kanak tersepit pada eskalator


BAGAI SERAI 6 Jun – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan kira-kira 20 minit apabila kemaluannya tersepit pada eskalator di sebuah pasar raya di sini hari ini.

Diifahamkan, mangsa dipercayai duduk di atas eskalator yang sedang bergerak sehingga menyebabkan seluar dan kemaluannya tersepit. Jurucakap bomba berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika mangsa Mohd. Rohaizad Abdul Rahman sedang menaiki eskalator bersama bapanya di pasar raya tersebut. “Bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 8.06 malam dan sepasukan anggota bomba terpaksa menggunakan peralatan ‘crow bar’ untuk mengumpil bahagian eskalator untuk menyelamatkan mangsa. “Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyelamatkan mangsa dan operasi selesai sepenuhnya pada pukul 8.50 malam,” katanya.

Menurutnya, punca kejadian masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan seluar dan kemaluan mangsa tersepit ketika duduk di atas eskalator yang sedang bergerak. Katanya, setakat ini keadaan kecederaan mangsa tidak dapat dipastikan dan bahagian kema­luan mangsa yang tersepit berlaku pendarahan. “Mangsa dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan lanjut,” katanya.


Kanak-kanak kemaluan tersepit eskalator stabil



BAGAN SERAI: Keadaan kanak-kanak lelaki tiga tahun, Mohd Rohaizat Abd Rahman yang kemaluannya tersepit pada eskalator di sebuah pusat beli belah di sini malam tadi dilaporkan agak serius tetapi stabil dengan mengalami luka pada kulit kemaluan dan selaput kerandut. Bapa tirinya, Mohd Rohizan Mohd Radzi, 22, berkata keadaan anaknya itu memerlukan pemerhatian pakar sebelum sebarang rawatan susulan boleh diambil. "Buat masa ini, doktor memberitahu kulit kemaluan dan selaput kerandut zakar anak saya mengalami luka yang agak serius dan memerlukan perhatian pakar. "Saya berharap doktor akan melakukan yang terbaik untuknya dan jika terpaksa dikhatankan saya serahkan kepada yang pakar asalkan anak saya dapat pulih seperti sedia kala," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Mohd Radzi berkata, sehingga kini, pihaknya masih menunggu maklumat lanjut dan maklum balas dari doktor bertugas sama ada kecederaan yang dialami anaknya itu perlu melalui pembedahan atau pun sebaliknya. Hospital Taiping sudah memanggil doktor pakar dari Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk menjalankan pemeriksaan sebelum boleh membuat sebarang keputusan,.



Menceritakan detik kejadian, Mohd Rohizan berkata, sebelum kejadian dia bersama anaknya meluangkan masa di pusat beli belah berkenaan dan anaknya cukup teruja untuk membeli permainan di bahagian kanak-kanak yang terletak di tingkat dua pasar raya berkenaan dan sebaik tiba di pasar raya terbabit, anaknya terus berlari ke arah eskalator untuk naik ke tingkat dua. "Saya cuba mengejar, tapi dia sudah pun melepasi eskalator tingkat pertama, ketika itu Mohd Rohaizat sudah pun memijak eskalator dan duduk di tangga eskalator tingkat dua. "Tiba-tiba dia menjerit memberitahu sakit dan apabila saya mendapatkannya, saya dapati seluar yang dipakainya tersekat pada tangga eskalator terbabit. Dalam keadaan cemas mujur ada orang awam yang bertindak menutup suis eskalator dan menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...