tas tas tas tas
loading...

Wednesday 25 October 2017

Lelaki Teluk Intan Seks Dengan Anjing


Polis telah menahan seorang lelaki berusia lewat 40-an yang melakukan hubungan seks luar tabii dengan seekor anjing di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, siasatan juga sedang dijalankan bagi mengetahui sama ada suspek menghadapi gangguan mental atau tidak.

“Pada 21 Oktober lalu, polis telah dapat maklumat awam bahawa terdapat seorang lelaki telah merogol seekor anjing betina di tepi jalan berhampiran dengan Restoran Ghulam Rasul di sini. Terdapat rakaman litar tertutup (CCTV) kejadian ini yang disebarkan.

“Hasil siasatan telah membawa kepada tangkapan suspek yang mempunyai rekod kesalahan lampau. Suspek dipercayai merupakan seorang gelandangan,” katanya di sini hari ini.


Sehubungan itu katanya, suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 28 Oktober ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan.



Sunday 1 October 2017

Isteri saya dirogol tiga askar


BALUKHALI - BANGLADESH. Ketika sembilan anaknya melarikan diri ke Bangladesh dari keganasan dan penganiayaan di Myanmar, pasangan suami isteri Muslim Rohingya membuat keputusan sukar untuk terus tinggal di sana.

Pasangan itu enggan melarikan diri kerana tidak mahu meninggalkan tanah dan kedai runcit yang diusahakan mereka di kampung.

Keengganan Sultan Mehmood, 52, berpindah juga kerana didorong dengan keadaan fizikalnya yang kudung kaki dua tahun sebelum itu, ditembak seorang tentera Myanmar.


Keputusan mereka itu menyebabkan mereka terdedah dalam serangan tentera Myanmar.

Mehmood yang kini berada di Bangladesh berkata, isterinya pernah dirogol oleh tiga anggota askar manakala dia dipukul teruk ketika mereka menyerbu kampung mereka pada penghujung Ogos.

"Tentera melakukan perkara jahat terhadap isteri saya. Mereka melakukan perkara salah dengannya," katanya mengeluh sambil dipehatikan isterinya Hassena Begum, 45, yang duduk bersebelahannya di dalam pondok di kem pelarian Balukhali di Bangladesh.

Menurut Mehmood, hampir seminggu kemudian, salah seorang anak lelakinya kembali semula ke Myanmar untuk membantunya menyeberangi sempadan ke Balukhali dimana seluruh ahli keluarganya menetap di salah satu penempatan pelarian yang sesak.

Hampir setengah juta muslim Rohingya dari Myanmar melarikan diri ke Bangladesh sejak sebulan lalu, menyertai ratusan ribu yang lain yang melarikan diri lebih awal dari kekejaman dan penganiayaan di negara majoriti Buddha.

Tentera Myanmar melancarkan operasi pembersihan setelah pemberontak Rohingya menyerang pasukan keselamatan dalam serangan 25 Ogos.

Pelarian mendakwa perusuh Buddha dan tentara Myanmar membakar seluruh kampung, menembak penduduk kampung  dan memperkosa wanita, lapor AP

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/global/isteri-saya-dirogol-tiga-askar-1.736697

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...