tas tas tas tas
loading...

Tuesday 23 September 2014

Dijel 12 tahun Rogol Kekasih


KOTA BHARU - Padah buat seorang penganggur akibat tiga kali merogol kekasihnya, tahun lalu, dia dihukum penjara 12 tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, siang tadi.

Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus selepas remaja berusia 19 tahun dari Kampung Kedondong, di sini, itu mengaku salah.

Tertuduh, Mohamad Wirayat Saiin mengaku merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun dua bulan di Kampung Bukit Mara, Banggu, di sini.

Kejadian pertama berlaku pada jam 11.30 malam, 30 September, manakala kejadian kedua berlaku pada jam 1 pagi dan 6.30 petang, 1 Oktober, ketiga-tiganya pada tahun 2013.

Pada prosiding semalam, peguam bela, Mohd Yusof Yaakub merayu bagi pihak anak guamnya supaya hukuman paling minimun dikenakan.

“Kejadian berlaku atas dasar suka sama suka dan laporan sosial juga mengambarkan tertuduh sebagai seorang yang tidak matang,” katanya.

Rayuan itu bagaimanapun dibantah Timbalan Pendakwa Raya negeri, Intan Nur Hilwani Mat Rifin yang memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berikutan kesalahan serius yang dilakukan. -SH

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...