tas tas tas tas
loading...

Sunday 30 November 2014

Duda Anak Tiga Dicekup Bersama anak 11 tahun


ALOR SETAR - Seorang duda tergamak membawa anak perempuannya berusia 11 tahun ke rumah tumpangan untuk bermadu kasih bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, helah mereka terbongkar selepas sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) melakukan serbuan Ops Bersih kira-kira pukul 12.00 tengah malam sekitar bandaraya ini, kelmarin.

Ketika serbuan, duda  tiga anak berusia 33 tahun itu bersama pasangannya, seorang jururawat peribadi berusia 27 tahun memaklumkan sudah berkahwin.

Namun, setelah pemeriksaan dilakukan, pihak Jaik mendapati mereka tiada sijil nikah yang sah dan mengubah status sebagai telah bertunang.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pasangan tersebut memberikan alasan bakal berkahwin dan akibat kekangan kewangan ia terpaksa ditangguhkan.

“Mereka mungkin sudah lama bersekedudukan di situ apabila anak perempuannya itu mengaku sering mengikut ayahnya ke kawasan tersebut untuk berjumpa gadis itu.

“Difahamkan, gadis berasal dari Baling itu menyewa di kawasan terbabit sejak beberapa bulan lalu bersama pasangannya,” katanya.

Turut dicekup dalam operasi berkenaan adalah sepasang remaja berusia 19 dan 15 tahun yang juga anak penjawat awam.

Ketika serbuan, remaja perempuan bawah umur itu berada di dalam selimut di atas katil manakala remaja lelaki tersebut lengkap berpakaian.

Menurutnya, walaupun pasangan tersebut dicadangkan berkahwin namun mereka enggan berbuat demikian dengan alasan masih muda.

“Remaja perempuan itu bekerja sambilan di sekitar bandar raya ini dan sudah tidak bersekolah manakala pasangannya berniaga,” katanya. -SH



Monday 24 November 2014

Jatuh Dari Hotel


Johor Bahru: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat terjun dari tingkat atas sebuah hotel di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Choy Hou Mun, 38, ditemui dalam keadaan telentang di kawasan luar hotel dengan darah yang keluar di bahagian telinga dan hidung.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, turut kesan luka calar pada lengan dan bahagian belakang badan mangsa yang bekerja sebagai ejen jualan langsung itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa mendaftar masuk hotel terbabit seorang diri kira-kira jam 2.23 petang semalam.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat," katanya. -HM


Sunday 23 November 2014

Selfie Melampau

Macam-macam ragam orang ber selfie...






Janda Duda Dicekup


Jitra: Seorang lelaki dipercayai gila talak apabila didapati bersekedudukan dengan bekas isterinya yang juga isteri orang, malah kerap mengunjungi rumah jandanya di Tunjang, dekat sini, sebelum mereka dicekup kerana disyaki berkhalwat, malam kelmarin.

Lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan sudah lama berpisah dengan bekas isterinya berusia 45 tahun dan mempunyai tiga anak yang masih kecil, tetapi dikesan menjalinkan hubungan sulit ketika suami wanita terbabit tiada di rumah.

Bagaimanapun, kegiatan mereka akhirnya dapat dihidu sebelum dicekup kira-kira jam 11 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PAKDP) selepas menerima maklumat.

Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, pihaknya menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat membabitkan pasangan itu lalu membuat pemeriksaan lanjut.
Beliau berkata, sebaik anggota penguat kuasa tiba, mereka mendapati keadaan luar rumah itu gelap dan berkunci dari dalam sehingga menimbulkan syak.

“Sejurus mengetuk pintu dan memberi salam beberapa kali, ia dibuka seorang wanita yang berpakaian lengkap dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa PADKP. -HM

Friday 21 November 2014

Cadbury Disah Halal - JAKIM



KENYATAAN UMUM
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

JAKIM SAHKAN CADBURY MALAYSIA ADALAH HALAL

PUTRAJAYA, 18 November, 2014: Walaupun Cadbury Malaysia telah disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) beberapa bulan lalu, kami masih menerima pertanyaan daripada masyarakat beragama Islam dan pihak peruncit tentang status Halal coklat Cadbury.

JAKIM ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.

Ingin ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Jakim.

Para pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan Halal. -Sumber

Monday 17 November 2014

Remaja Cabul Isteri Jiran


KOTA BHARU - Padah buat seorang remaja kerana menceroboh rumah, mencabul dan mengugut menyebarkan gambar mandi isteri jirannya, dia dihukum penjara sehari dan didenda RM10,000 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret, Nik Habri Muhamad terhadap tertuduh, Muhammad Nazrul Isham Dolah, selepas dia mengaku bersalah. Muhammad Nazrul turut dikenakan hukuman penjara 28 bulan jika denda gagal dijelaskan.

Tertuduh didakwa atas tiga tuduhan iaitu menceroboh masuk rumah pasangan suami isteri terbabit dan mencabul wanita berkenaan serta membuat ugutan jenayah terhadap mangsa di Kampung Pasir Tumboh, Kubang Keranji, di sini, pada jam 10 malam, 3 September lalu.

Mangsa pada 6 September lalu mendapati lantai rumah sewa di bahagian bilik diumpil dipercayai oleh seorang pekerja bengkel besi sebelah rumah kerana tiga hari sebelumnya, lelaki terbabit masuk ke rumah mangsa dan memeluknya dari belakang serta meletakkan pisau di leher.

Tertuduh juga berkata dia menginginkan mangsa, namun mangsa berjaya melepaskan diri. Sebelum ini, lelaki sama banyak kali menghantar surat dan mesej mahu menyebarkan gambar mandi yang diambil secara curi jika mangsa tidak menyerah diri.

Tertuduh didakwa sekali lagi menceroboh ke rumah mereka di alamat sama, pada jam 1.30 pagi, 8 September lalu.

Pendakwaan ke atas tertuduh dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Nurliyana Md Zukri. -SH

Thursday 13 November 2014

Murid Prasekolah Dicampak Dari Tingkat 2


SEREMBAN - Seorang murid prasekolah di Taman Tasik Jaya  cedera akibat dicampak oleh murid lain dari tingkat dua sekolah berkenaan tengah hari semalam.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 petang itu, mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Adam Fikri, 6,  mengalami cedera di dahi, patah tangan kiri, paha dan pangkal tulang pinggul.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku sewaktu murid berkenaan dalam perjalanan ingin berjumpa ibunya di bilik guru yang terletak di tingkat 2.

Katanya, semasa dalam perjalanan itu, mangsa dikatakan melintasi sekumpulan pelajar, sebelum diangkat oleh seorang murid lain, lalu dicampak ke bawah.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan dan patah tangan serta kaki kanan.

“Ibu mangsa yang menyedari kejadian itu hanya mampu meraung sebaik sahaja mendapati anaknya itu berada dalam keadaan lemah, namun semasa kejadian mangsa masih dalam keadaan sedar,” katanya.

Mangsa kini dirawat dekat Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) dan berada dalam keadaan stabil.

Difahamkan murid yang melakukan perbuatan itu merupakan seorang pelajar dari Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Kalsom Khalid mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, pihaknya masih menjalankan siasatan terhadap kejadian tersebut sebelum tindakan susulan dilakukan. -SH


Monday 10 November 2014

Curi ketika sujud


Kuala Lumpur: Setiap kali sujud, dia dengan pantas mencuri beg tangan milik jemaah wanita yang diletakkan di depan saf dan perbuatan itu dilakukannya berulang kali.

Itu aksi seorang pencuri remaja dipercayai berusia belasan tahun yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Al-Ikhwaniah Taman Cheras Utama, di sini, pada malam Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di ruang solat wanita ketika beberapa jemaah menunaikan solat Maghrib, jam 7.10 malam.

Nazir masjid itu, Abd Karim Md Nor berkata, pihaknya mengambil inisiatif memasang CCTV sejak sebulan lalu berikutan kejadian mencuri yang semakin menjadi-jadi.

"Sebelum ini seorang wanita yang mengajar mengaji di masjid berkenaan turut kehilangan wang tunai serta barang kemas. Duit tabung masjid juga pernah dicuri dan bilik imam juga cuba dipecah masuk. -HM

Sunday 9 November 2014

Murid Darjah 6 Dirogol Kenalan WeChat


MANJUNG – Tindakan berani seorang kanak-kanak berusia 12 tahun berjumpa kenalan yang baharu dikenali menerusi aplikasi sosial WeChat membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di Pantai Remis, dekat sini, Khamis lalu.

Pelajar tahun enam yang baru mengenali suspek berumur 27 tahun tak sampai 24 jam telah menjemput lelaki itu bertemu dengannya di kampung mangsa di Beruas kira-kira jam 12 tengah malam.

Tindakan berani itu menyebabkan mangsa dirogol kenalan baharunya dalam sebuah kereta di tepi pantai.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Tengku Mohd Zailan Tengku Mohd Shah berkata, mangsa dikatakan telah keluar bersama rakan baharunya itu dengan menaiki kereta jenis Proton Wira milik suspek, kononnya untuk bersiar-siar.

Bagaimanapun, menurutnya, suspek berusia 27 tahun itu berjaya diberkas  anggota Balai Polis Pantai Remis beberapa jam kemudian.

“Hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai juru pendawaian di Selangor itu mendakwa mengenali mangsa melalui WeChat pada hari sebelumnya.

“Mengikut pengaduan mangsa, lelaki itu merogolnya di dalam kereta yang diberhentikan di tepi pantai di Pantai Remis sebelum menghantar pulang mangsa ke rumah keluarganya,” katanya.

Tengku Mohd Zailan berkata, suspek yang juga berasal dari Pantai Remis direman selama tujuh hari untuk meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan merogol.

“Mengikut seksyen berkenaan, suspek boleh dikenakan penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika didapati bersalah,” katanya. -SH

Thursday 6 November 2014

Mengandung Dirogol Bapa



KUALA TERENGGANU - Seorang nelayan tidak layak digelar bapa apabila sanggup bertindak di luar kewarasan dengan merogol anak gadisnya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, yang kini masing-masing berusia empat tahun dan dua bulan.



Semalam, di Mahkamah Sesyen berasingan, dia yang berusia 49 tahun itu mengaku salah atas dua pertuduhan merogol mangsa, yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik.

Bagi pertuduhan pertama di Mahkamah Sesyen 2, dia yang beralamat di Marang, mengaku salah merogol mangsa yang ketika itu baru berusia 14 tahun sebulan.

Dia mengaku salah di hadapan Hakim Murtazadi Amran melakukan perbuatan terkutuk itu di dalam semak di belakang sebuah sekolah di Marang, antara jam 1 petang dan 6 petang, pada September 2009.

Mengikut pertuduhan kedua pula di Mahkamah Sesyen 3 di hadapan Hakim Mohd Azhar Othman pula, dia mengaku salah mengulangi perbuatan sama ke atas mangsa di lokasi dan waktu yang sama, pada Disember 2013 yang mana ketika itu mangsa berusia 18 tahun.

Dengan itu, dia mengaku salah melakukan perbuatan yang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan tidak kurang 10 sebatan, jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun, kedua-dua hakim menetapkan 8 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula bagi hukuman sementara menunggu laporan lengkap ujian DNA. Bagaimanapun, sebarang jaminan tidak ditawarkan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya, Nazlyza Mohamad Nazri.-SH


Berkecai jatuh kondo



Kuala Lumpur: Orang ramai terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki tempatan terbaring mati berlumuran darah di hadapan sebuah kondominium di Damansara Utama di sini.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali sebagai Tan Kheng Hua, 47, berasal daripada Kelana Jaya maut akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.14 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa terjatuh dari tingkat atas kondominium berhampiran.
"Polis masih menyiasat punca kejadian sama ada terdapat unsur jenayah atau mangsa terjun membunuh diri.
"Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes kematian mengejut (SDR). Mangsa didapati mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, orang ramai ataupun ahli keluarga mangsa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. -HM



Wanita tanpa kepala ditemui dalam beg


Georgetown: Mayat seorang wanita tanpa kepala ditemui dalam beg pakaian yang ditinggalkan di kawasan parkir kereta Taman Botanikal Jalan Kebun Bunga, di sini, pagi ini.

Mayat itu ditemui jam 11 pagi tadi oleh seorang pekerja pencuci sampah yang curiga selepas melihat beg pakaian berkenaan.

Ketua Polis negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mayat berkenaan dibalut menggunakan selimut dan disumbat dalam beg pakaian itu.

"Siasatan mendapati hanya separuh badan daripada pinggang hingga leher ditemui manakala kaki dan kepalanya dipotong.

"Kita percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di kawasan ini," katanya yang ditemui di lokasi kejadian, pagi ini. -HM





Saturday 1 November 2014

Pukul Bini Sampai Mati

Kuala Lumpur: Kerisauan seorang ibu secara tiba-tiba rupa-rupanya petanda kematian anak perempuannya di Taman Puchong Utama, di sini, tengah malam semalam.

Gambar Hiasan
Dalam kejadian 12.30 tengah malam itu, mangsa, L Kanaga, 25, ditemui mati dengan kecederaan parah di kepala dan badan di rumahnya dipercayai didera sebelum dibunuh oleh suaminya sendiri.
Ibu mangsa, K Maraiee, 56, berkata, kejadian disedari apabila dia berasa tidak sedap hati seterusnya bertindak ke rumah anaknya itu.

“Malam itu saya tidak dapat tidur, saya rasa risau lalu ke rumah dia (mangsa) untuk melihat keadaannya.
“Saya hairan apabila mendapati ramai yang berada di luar rumah sehinggalah keluarga kepada menantu memberitahu bahawa mangsa sudah meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Serdang (HS), semalam.

Katanya, dia kesal kerana tiada sesiapa yang menghubunginya memaklumkan kejadian itu kepadanya sehinggalah datang sendiri ke rumah anaknya itu.

“Sebab itu saya rasa lain, tidak sedap hati. Rupa-rupanya anak saya meninggal dunia,” katanya.
Ibu tunggal itu berkata, mangsa adalah anak ketiga daripada enam beradik dan sudah tiga tahun berkahwin.
“Dia ada dua anak lelaki berusia dua dan enam tahun. Dia memang seorang pendiam, tak banyak cakap. Dia tidak suka kongsi masalah dengan ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, menantunya itu kini menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga sekarang.
Sementara itu, Ketua Polis Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, siasatan awal polis mendapati tiada kesan pecah masuk pada kediaman mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan kaku dan kesan kecederaan di bahagian muka dan badan selain bekas kecederaan lama,” katanya.

Menurutnya, polis kini sedang memburu suspek berusia 33 tahun itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...