tas tas tas tas
loading...

Tuesday 13 December 2016

Kakak Saya Dirogol


"Bapa dan ibu saya dibunuh dengan kejam, selain kakak dan ipar-ipar perempuan dirogol tentera Myanmar.

"Biarpun peristiwa itu berlaku 28 tahun lalu, namun kekejaman dan pembunuhan yang dilakukan mereka itu masih segar dalam ingatan saya sampai saat ini," kata seorang etnik Rohingya, Abdul Rahim Hassan Ali, 50.

Menurutnya, kejadian pada tahun 1988 itu berlaku ketika dia bersama ibu bapa dan adik beradik serta iparnya sedang berehat selepas menjamah makan tengah hari di rumah mereka di Arakan, Myanmar.

"Ketika itu, pintu rumah kami diketuk kuat. Kami dengar suara bising di luar rumah.

"Kami tersentak bila beberapa tentera ceroboh masuk ke dalam rumah kami. Sebahagiam daripada kaum wanita menjerit ketakutan... kami cuba melawan, tapi apalah daya kami waktu itu," katanya.

Abdul Rahim anak bongsu daripada 13 beradik berkata, serangan di rumah mereka itu begitu menyayat hati apabila mereka diseksa dan dipukul, malah kaum wanita menjadi mangsa pemuas nafsu tentera Myanmar.

"Kami diterajang sesuka hati, malah hingga kini, kesan saya dipukul di kaki dan dahi kiri masih berbekas. Malah, adakalanya ia sakit sepertimana terseksanya kaum kerabat kami di sana," katanya.

Abdul Rahim yang menetap di Jalan 6 Bagan Sungai Besar berkata, dia dan isterinya, Hazrah Nazil Ahmad, 50, serta anak sulungnya, Mohamad Yusup, 32, yang ketika itu berusia empat tahun sempat melarikan diri ke dalam hutan.

"Kami berada dalam hutan lebih kurang tiga bulan. Masa itu, kami jumpa kumpulan pelarian lain yang turut sama ingin keluar dari Myanmar.

"Akhirnya, kami tiba di Thailand dan ditahan di sana selama tiga tahun sebelum kami dibebaskan.

"Sepanjang menjadi tahahan (di Thailand), kami hanya makan nasi kosong sahaja sebab di sana lauk yang dimasak tidak halal untuk dimakan," katanya.

Pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) berkata, sebaik dibebaskan di Thailand, dia dan beberapa rakannya yang lain mengambil keputusan untuk ke Malaysia bagi mendapatkan perlindungan.

"Kami menaiki keretapi terus ke Johor Bharu. Di Malaysia, kehidupan kami jauh lebih aman dan dapat hidup dengan tenang," kata bapa 10 orang anak itu lagi.

Abdul Rahim yang kini berniaga runcit kecil-kecilan berkata, dia mula menetap di Sungai Besar pada tahun 1995 selepas dipelawa seorang rakannya untuk memulakan kehidupan baharu di sini.

"Sehingga kini, saya masih trauma dengan kejadian ini dan tak pernah pulang ke Myanmar. Bila saya kenang semula peristiwa lama itu, tiba-tiba saya menangis bersendirian.

"Luluh hati saya bila ahli keluarga mati dibunuh, mungkin ada daripada mereka yang selamat.. tapi entah di mana mereka masa kini.

"Cukup-cukuplah penderitaan lalu, saya tak mahu kenang. Apa yang lebih penting, saya nak lihat semua anak dan cucu saya selamat dan jadi insan berguna," katanya.

Isterinya, Hazrah berkata, dia dipelihara ibu dan bapa suaminya itu sejak berusia lapan bulan lagi sebelum mereka dikahwinkan ketika berusia belasan tahun.

"Saya pun tak tahu siapa ibu dan bapa saya sejak kecil. Apa yang saya tahu, ibu dan bapa tinggalkan saya di rumah mak dan lepas itu saya langsung tak pernah tatap wajahnya hingga kini," luahnya.

Hazrah turut melahirkan rasa sedih dengan nasib yang menimpa umat Islam di Myanmar.

“Kami tak tahu apa salah kami sampai dilakukan macam ini. Setiap hari ada sahaja penyeksaan dan pembunuhan yang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Prihatin Malaysia, Dr Mohd Hisham Surgi yang menziarahi keluarga itu berkata, pihaknya berasa simpati terhadap apa yang berlaku kepada etnik Islam Rohingya.

"Kita harus memberi tekanan kepada Junta tentera Myanmar supaya semangat keperimanusiaan ini terhadap masyarakat Rohingya dititikberatkan.

"Kita juga berharap agar kekejaman yang dilakukan ini dapat diheret ke mahkamah kemanusiaan di Belanda, selain jangan biarkan mereka ini terlepas sebab ini adalah satu siri kezaliman zaman era moden yang tak seharusnya berlaku," katanya.

Thursday 1 December 2016

Body Guard Tembak Tuan (Geng 24)


Three people, one of them said to be a Datuk, were shot dead on Tun Dr Lim Chong Eu Expressway here.

They were in their cars when they were shot at in the 7.30pm incident on Thursday.

Four others were injured in the shooting.

George Town OCPD Asst Comm Mior Faridalathrash Wahid confirmed the shooting, adding that they were still investigating at the scene.

It is learnt that a fourth victim, said to be a woman, was seriously injured when she was shot.

She was sent to Penang Hospital for treatment.

RTM cameraman Muhamad Amirul Amin Amir was also hit in the chest when he passed by the area on his motorcycle.

He was said to be heading towards the Pesta Pulau Pinang with his friend Mohamad Iskandar Osman when the shooting took place.

The identities of the sixth and seventh victims are still unknown.

Traffic was almost at a standstill heading towards Penang Bridge.







BREAKING NEWS !!!!

Kes tembak di Penang..
Doakan supaya @PDRMsia dapat berkas saspek secepat mungkin..Wartawan RTM ditembak mati..
Peliknya mana dapat pistol?

[01/12 8:41 pm] ‪+60 12-723: Assalam..
7;40pm
jalan dari ferry nk naik jambatan p.pinang.ada org mengamuk..dan guna pistol ..tembak kenderaan yg lalu situ..klu bleh elakkan jln tu
[01/12 8:53 pm] ‪+60 12-723‬: Kena tangkap dh .. mengamuk mcm haram jadah
[01/12 8:53 pm] ‪+60 12-723‬: Cedera :1L cina
1P cina
1L India Muslim

Mati:-
1L India
2L cina

[12/1, 9:20 PM] ‪+60 12-434‬: Kes tembak tadi tu...
[12/1, 9:24 PM] ‪+60 12-434: Body guard tembak tuan. Masa bergelut tertembak 2 org awam.3 mati
Dato Kwang...toke Ozoo...kepala segala bapak 24 penang...
Tokey disko Berjaya Times Square..

Mangsa kesemua (4)org yg kena tembak mati (2)(L)(C),(1)(L)(I) dan (1)(P)(C) cedera parah dan sudah dibawa ke hospital

#info REPOT POLIS |

Balai Diambil : .......................
Daerah Diambil : ................................... 
Kontinjen Diambil : PULAU PINANG
No Repot : .............................
Tarikh : 01/12/2016
Waktu : 21:09
Bahasa Diterima : B. Malaysia

Pengadu Menyatakan :
PADA 01/12/2016 JAM LEBIH KURANG 7.40 MALAM SEMASA SAYA MEMANDU KERETA PJH 6667 JENIS ESTIMA WARNA PUTIH MELALUI JALAN SUSUR KELUAR KE PULAU PINANG DARI JAMBATAN PERTAMA , LEBUHRAYA DR LIM CHONG EU. KETIKA ITU KERETA BERGERAK PERLAHAN. SEMASA DALAM PERJALANAN SAYA LIHAT ADA SEORANG LELAKI CINA DALAM KEADAAN BERDARAH DI KEPALA DAN MUKA. SAYA BERANGGAPAN BELIAU TERLIBAT DALAM KEMALANGAN JALAN RAYA DAN BERTANYA SAMADA BELIAU PERLU PERTOLONGAN SAYA UNTUK DI BAWA KE HOSPITAL PULAU PULANG. BELIAU MEMBERITAHU IA MEMERLUKAN PERTOLONGAN SAYA. SAYA TERUS MENGAJAK LELAKI TERSEBUT MASUK KEDALAM KERETA UNTUK DIBAWA KE HOSPITAL. SEMASA DALAM PERJALANAN LELAKI ITU MEMINTA KEBENARAN DARI SAYA UNTUK MENGGUNA TELEFON BAGI MENGHUBUNGI KELUARGANYA. SAYA BENARKAN BELIAU MENGGUNA TELEFON BIMBIT SAYA ITU. SEMASA LELAKI ITU BERCAKAP DENGAN SESEORANG SAYA TERDENGAR PERBUALAN MEREKA YANG MENYATAKAN - ITU BODY GUARD SUDAH GILA, ITU TAILO SUDAH MATI DAN DIA JUGA SUDAH KETUK KEPALA SAYA DENGAN PISTOL"". SELEPAS ITU LELAKI TERSEBUT MENGHUBUNGI ORANG YANG LAIN PULA DAN MEMBERITAHU SEMUA BARANG-BARANG DAN BEGNYA BERADA DALAM KERETA YANG BELIAU NAIKI SEBELUM MENUMPANG KERETA SAYA. APABILA SAYA MENDENGAR BELIAU BERCAKAP PERKARA TERSEBUT SAYA JADI TAKUT DAN TERUS MASUK KE STESYEN MINYAK CALTEX DAN MENURUNKAN LELAKI TERSEBUT. TUJUAN SAYA BUAT REPOT INI UNTUK KESELAMATAN SAYA DAN TAKUT ADA APA-APA BERKARA YANG TIDAK DIINGINI BERLAKU KEMUDIAN HARI.TELEFON NOMBOR YANG LELAKI TERSEBUT GUNA UNTUK HUBUNGI ITU ADALAH ...........77 DAN ..........77.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...