tas tas tas tas
loading...

Monday 30 January 2017

Suami Rakam Isteri Kantoi Curang

Suami Sendiri Rakam Isterinya Kantoi Dengan Bangsa Asing Di Hotel Murah



Sunday 29 January 2017

Bini Orang Dicekup Khalwat


“Saya tinggal di rumah ini kerana hendak tolong jaga anak-anak dia,” demikian alasan seorang wanita yang masih berstatus isteri orang ketika dicekup berkhalwat di rumah kekasihnya di Kampung Atas Tol, di sini, malam tadi.- KUALA TERENGGANU

Rahsia wanita berusia 31 tahun itu yang bermain cinta dengan duda anak dua yang berusia 35 tahun, terbongkar apabila rumah sewa pasangannya diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), kira-kira jam 10.30 malam.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, serbuan dilakukan pihaknya hasil maklumat awam yang selalu terserempak wanita terbabit datang ke rumah sewa pasangannya yang bekerja sebagai penjual kad tambah nilai sebelum ini.

Wan Mohd berkata, siasatan awal mendapati wanita yang juga masih berstatus isteri kepada kakitangan kerajaan itu mendakwa mempunyai masalah rumah tangga dengan suaminya, tetapi masih belum memfailkan perceraian di mahkamah.

“Siasatan juga mendapati pasangan ini berkenalan melalui laman sosial Facebook sejak Ogos tahun lalu dan ketika serbuan, wanita itu memaklumkan sudah lebih seminggu tinggal di rumah berkenaan dengan memberi alasan mahu menjaga anak-anak kekasihnya.

“Wanita itu turut mengaku sebelum itu ada pulang ke rumah keluarganya di Pahang dan memaklumkan keluarganya termasuk suaminya langsung tidak mengetahui hubungan ‘baru’ dia bersama kekasih,” katanya.

Jelas Wan Mohd, pasangan itu juga mengaku kononnya mahu berkahwin sekiranya wanita tersebut diceraikan suaminya.

“Pasangan ini seterusnya dibawa ke pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat,” katanya

Saturday 21 January 2017

Pelajar Rakam Dalam Kain Cikgu

gambar hiasan

Tiga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di bandar raya ini disiasat polis selepas dipercayai terbabit merakam bahagian dalam kain seorang guru wanita dan mengutip wang jika rakan mahu menonton rakaman itu.


Perbuatan itu dikesan pada Rabu lalu, dua hari selepas rakaman itu dilakukan, apabila seorang guru disiplin sekolah terbabit memaklumkan kepada guru wanita berusia 36 tahun itu mengenai video berdurasi 10 saat itu yang viral dalam kalangan pelajar.

Sekitar jam 8.30 pagi Isnin, ketika guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sedang membalut meja pelajar di kelasnya, pelajar terbabit dipercayai merakam video menggunakan telefon bimbit mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman, berkata berikutan itu, pihak sekolah memanggil semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan sebelum mengenalpasti lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

"Setakat ini dua dari pelajar terbabit yang dirakam percakapan adalah saksi berhubung kejadian berkenaan manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan biadap dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Bagaimanapun segala tindakan disiplin ke atas pelajar itu hanya akan diputuskan oleh pihak sekolah dan bukannya polis," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, sumber memberitahu, kumpulan pelajar yang terbabit merakam video itu mengenakan bayaran kepada pelajar yang ingin melihat video berkenaan sebelum tersebar ke telefon bimbit pelajar lain.

Guru wanita itu membuat laporan polis selepas merasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian. Ketika itu guru berkenaan berbaju kurung.

Polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah di ibu negara yang bertindak merakam dan menyebarkan video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita, Isnin lepas.


Perlu tiduri 32 gadis perawan, demi ilmu hitam


JAMBI - INDONESIA. Seorang lelaki didapati merupakan pengamal ilmu hitam selepas dia ditangkap setelah menculik dan merogol anak jirannya.

Memetik laporan media tempatan, lelaki itu yang dikenali Alias Toni, 43, telah memperkosa RS, 15 dihadapan isterinya demi tuntutan syarat ilmu hitam yang diamalkannya.

Sangkaan awal polis, mengesyaki tindakan nekad Toni itu adalah bermotifkan dendam kepada kedua ibu-bapa RS, namun sangkaan itu ternyata meleset sama sekali.

Menurut jurucakap polis AKP Afrito M menjelaskan, Toni memberitahu pihaknya bahawa dia perlu meniduri 32 gadis perawan agar ilmu hitam yang dituntutnya benar-benar sempurna.

"Kepada penyiasat polis, dia (Toni) mengaku menuntut ilmu Mego Nondho dan Semar Mesem," ungkap Afrito di Muarabungo, ibu kota Kabupaten Bungo, semalam petik laporan Liputan 6.

Dua jenis ilmu hitam yang diamalkan oleh Toni itu dipercayai boleh 'mendatangkan' harta yang berlimpah ruah apabila syarat-syaratnya dipenuhi olehnya, namun belum apa-apa lagi, Toni sudah ditangkap dan ditahan polis.

Jelas Toni lagi dia juga mengaku sudah berjaya meniduri 17 anak gadis perawan dan yang terakhir adalah RS.

"Daripada pengakuannya, mangsa adalah berasal dari beberapa Daerah bermula dari Lampung sehingga ke Jambi," jelas AKP Afrito.

Kini Toni bersama isterinya Robina sudah ditahan reman di balai polis Mapolres Bungo, pasangan suami isteri itu akan didakwa di bawah Undang-Undang Indonesia menurut pasal 81, perenggan 1, Jo, 76D undang-undang nombor 35, 2014 mengenai perlindungan kanak-kanak.

Mereka berdua berhadapan hukuman penjara 20 tahun dan denda RP 5 milliar.

Terdahulu, tindakan Toni dan Robina terbongkar selepas kisah kehilangan RS menjadi bualan bualan penduduk Sungai Lilin, Daerah Tanah Sepenggal, Kota Bungo sehingga membawa kepada penangkapan mereka berdua.

RS dilaporkan hilang pada 3 Januari lalu dan sejak itu polis menjalankan siasatan sehinggalah mereka berdua ditangkap.

Saturday 7 January 2017

Guru Dipenjara Kes Rogol Pelajar 12 Tahun


Seorang guru Matematik yang mendakwa mati pucuk, masih perlu berdepan hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan rotan selepas kalah dalam rayuan mengetepikan sabitan kerana kesalahan merogol seorang pelajar sekolah rendah.

Mohd Faddil Abdul Rahman, 42, disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi Seremban tahun lalu, bagi dua pertuduhan merogol pelajar perempuan, ketika itu berumur 12 tahun, yang ke rumahnya pada September 2013 untuk belajar.

Dia dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan rotan bagi setiap kesalahan. Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara berjalan serentak.


Dia pada mulanya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Sesyen pada 20 Jan 2014 berdasarkan keterangan pakar perubatan yang disokong isterinya bahawa dia mati pucuk ketika kesalahan itu didakwa dilakukan namun Mahkamah Tinggi meminda keputusan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan.

Mohd Faddil kemudian memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Presidennya Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak rayuan Mohd Faddil dan mengekalkan hukuman penjara lapan tahun dan dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Tengku Intan Suraya Tengku Ismail memberitahu mahkamah Mohd Faddil berjumpa pakar andrologi untuk pemeriksaan, lapan bulan selepas kejadian rogol itu dan dia didapati mengalami mati pucuk.

Beliau berkata, dapatan pakar perubatan itu tidak kukuh disebabkan jawapan yang diberi pakar andrologi itu di tempat duduk saksi adalah "barangkali" yang menunjukkan beliau tidak pasti bilakah Mohd Faddil mengalami mati pucuk.

Berdasarkan fakta kes, ketika kejadian, tiada orang lain di rumah berkenaan dan pelajar itu turut disuruh melakukan seks oral.

Mangsa memberi keterangan mengenai serangan itu dengan begitu terperinci, termasuk gambaran tentang alat sulit penyerangnya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/194976

Friday 6 January 2017

Layan

Layan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...