tas tas tas tas
loading...

Tuesday 30 August 2016

Mahasiswa Kedoktoran Dirogol Oleh Kenalan SweetRing



Seorang mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) di salah sebuah universiti awam di negara ini trauma apabila dirogol oleh kenalan lelakinya yang baru dikenali melalui aplikasi sosial, SweetRing kira-kira sebulan lalu.

REMBAU – Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa berusia awal 30-an berjaya melarikan diri daripada kenalan durjananya selepas dirogol apabila lelaki itu singgah di salah sebuah stesen minyak di Senawang sebelum mangsa memberikan alasan untuk ke tandas.

Sumber berkata, mangsa sebelum ini hanya berhubung dengan lelaki terbabit melalui aplikasi berkenaan dan dua minggu selepas berkenalan, mereka bertukar-tukar nombor telefon serta berjanji untuk bertemu.

Menurutnya, mereka berjanji berjumpa di salah sebuah tol dan mangsa telah meletakkan kenderaannya di tol berkenaan sebelum menaiki kenderaan suspek jenis Perodua Viva.

"Mangsa dibawa ke sebuah kolej di Melaka memandangkan kenalannya itu mahu mengambil barangan penting.

"Sesudah suspek mengambil barangan berkenaan, mangsa memohon suspek segera menghantarnya pulang namun lelaki itu mulai berubah sikap menjadi bengis.

"Suspek juga menyatakan terpaksa menukar kereta di Seremban sebelum menghantar mangsa pulang kerana kereta berkenaan mengalami masalah suhu naik," katanya.

Sumber berkata, mangsa semakin bimbang dan takut apabila dia dibawa melalui kawasan terpencil dan dikelilingi kelapa sawit.

"Suspek menyuruh mangsa memeluknya, namun mangsa enggan dan suspek mula bertindak ganas dengan memaksa mangsa memuaskan nafsunya.

"Lebih malang lagi, lelaki itu bertindak jahat dengan merakam adegan berkenaan. Sesudah itu, suspek meneruskan perjalanan bagi menghantar mangsa dan singgah di salah sebuah stesen minyak di Senawang," katanya.

Menurut sumber, mangsa telah meminta pertolongan daripada kakitangan stesen minyak yang kebetulan berada di dalam tandas.

"Mangsa yang menetap di Selangor segera menyelamatkan diri dengan menyorok di kaunter stesen minyak berkenaan dan meminta bantuan polis.

"Suspek beredar dari stesen minyak berkenaan, namun datang kembali serta meletakkan beg tangan mangsa di kaunter stesen minyak berkenaan.

"Mangsa kemudian memeriksa beg tangannya dan mendapati telefon bimbitnya jenis Iphone 6, seutas rantai berserta loket berukir namanya dan wang tunai sebanyak RM60 lesap," katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Ibrahim Sharif berkata, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Pedas, malam Jumaat lalu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, lokasi kejadian di tepi jalan di sebuah premis di Pedas yang merupakan kedai rakan suspek yang sudah tidak lagi beroperasi.

"Suspek berusia 22 tahun yang beralamat di Rembau sudah ditangkap dan kini ditahan reman," katanya.

Monday 29 August 2016

Dicerai Kerana Kantoi Dengan Gambar


Rencana seorang wanita bernama Chelsea untuk mempamerkan pelbagai keindahan tubuhnya kepada sang suami berakhir pada proses perceraian antara keduanya

Pasalnya, dalam foto yang berlatar bilik hotel tersebut, terdapat sepasang kasut bot milik lelaki yang membuat suaminya marah.

 "Kenapa boleh ada kasut bot di foto kedua? Ini tidak boleh dibiarkan. Aku akan menelefon peguam," ujar sang suami dalam mesej melalui Snapchat, dikutip Mirror.co.uk.

 Foto-foto yang dihantar via Snapchat tersebar di internet dan menjadi viral dalam sekejap. Hal itu membuat Chelsea mendadak popular dan digelar "tukang selingkuh".

 Dalam foto tersebut, Chelsea sengaja mempamerkan susuk tubuhnya kepada sang suami sebelum dirinya beranjak tidur.
Pada foto pertama, Chelsea hanya memakai pakaian dalam hitam sambil mengangkat kedua tangannya. "Lagi di bilik hotel, nih. Mau tidur," tulisnya.

 Di gambar kedua, Chelsea menimbulkan membelakangi dan menoleh ke kamera untuk mempamerkan bentuk tubuh bahagian belakang. "Satu lagi sebelum tidur," tulisnya sebagai teks foto.

 Namun, pada foto tersebut, sang suami curiga dan mempersoalkan siapa sosok lelaki bersama dirinya di hotel tersebut?

 "Kamu sama siapa di hotel itu?" tanya sang suami.

Namun, soalan tersebut dibantah Chelsea bahawa dirinya hanya sendiri dan mengambil gambar dirinya dengan menetapkan timer kamera telefon bimbit.

 "Aku bersumpah, sayang. Kamu tahu kan kalau aku tidak akan pernah selingkuh," ujarnya.

 Sang suami masih tak percaya. Pasalnya, di foto kedua tersebut terlihat sebuah kasut bot lelaki berwarna kuning air di bawah meja bilik hotel.

 "Jangan bohong Chelsea. Aku tahu kamu tidak sendirian di bilik hotel," kata suaminya.

 Tidak dijelaskan secara terperinci sumber foto tersebut dan nama lokasi kejadian. Namun, terlepas dari itu, insiden tersebut dapat menjadi peringatan bagi pasangan mana pun yang merancang perselingkuhan

Pejalar Maut Jatuh Tingkat Tiga



Seorang pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 9 (2), maut apabila terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi, mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, terjatuh ketika mahu menolong mengambil beg rakannya yang dibuang pelajar lain di tepian bangunan berdekatan kelasnya, lapor BHOnline.

Bagaimanapun, mangsa yang difahamkan melompat untuk mengambil beg berkenaan tidak dapat mengimbangi diri lalu terjatuh.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Superitenden Polis, Rosly Hassan, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian berkenaan.

"Pada jam 11 pagi tadi, pihak polis menghantar mangsa ke Hospital Putrajaya untuk tindakan selanjutnya," katanya. - PUTRAJAYA







Friday 26 August 2016

Saya Minta Maaf - Lan Pet Pet


Subang Jaya: "Itu memang saya dan saya minta maaf. Saya janji takkan buat lagi."

Itu kata-kata pelakon dan pelawak popular Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet ketika diminta mengulas mengenai video yang memaparkan dia mengamuk dan memarahi anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari di USJ 10, Subang Jaya itu, Lan dilihat bertengkar dengan anggota penguatkuasa selepas mereka mengunci tayar kereta pacuan empat roda jenis Toyota Hilux miliknya yang diletakkan di depan sebuah bank.

Video berdurasi kira-kira seminit itu turut memaparkan Lan memarahi individu yang merakamkannya.

Lan ketika dihubungi berkata, apa yang berlaku itu adalah atas kesalahannya sendiri selepas tidak meletakkan kereta di kawasan parkir yang disediakan.

"Pihak MPSJ sudah menjalankan tugas dan kewajipan mereka. Saya sendiri jadi serba-salah apabila ramai yang menyalahkan penguatkuasa MPSJ apabila video itu menjadi ‘viral’ semalam, sedangkan saya sebenarnya yang melakukan kesalahan.

"Saya tidak menyalahkan mereka mengambil tindakan mengunci tayar kereta saya. Walaupun ketika itu isteri saya sedang menunggu dalam kereta lain di belakang kereta saya, ia tetap satu kesalahan," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Lan yang juga anggota kumpulan Senario, kejadian itu memberikannya satu pengalaman dan pengajaran baru.

Bagi Lan, bergelar selebriti bukan alasan untuk tidak mematuhi undang-undang yang sudah ditetapkan.

“Saya juga mahu menasihati orang ramai dan rakan artis untuk tidak sewenang-wenangnya membuat kesalahan jalan raya. Kalau mengetahui ia memang salah sendiri, segeralah meminta maaf," katanya.

Lam berkata, perkara itu sudah diselesaikan selepas dia menjelaskan kompaun berjumlah RM80 kepada MPSJ.

Dalam pada itu, Lan turut terkilan apabila pihak terbabit menyebarkan video berkenaan.

"Saya tak pasti siapa yang merakam video itu. Disebabkan mereka juga perkara ini kecoh dan ramai yang menyalahkan anggota penguatkuasa MPSJ. Pendek kata individu berkenaan cuba mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku.

“Apa pun perkara ini sudah diselesaikan dengan cara baik dan saya pun sudah membayar kompaun. Saya hormat mereka kerana masih boleh dibawa berbincang walaupun selepas saya memarahi mereka," katanya.

Thursday 25 August 2016

Ahli Geng 04, 30, 08, 21 dan 24 DiCantas


Polis menahan 71 ahli kumpulan kongsi gelap dipercayai terbabit dengan pelbagai jenayah kekerasan dalam Op Cantas Khas 2 di seluruh negeri ini yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, 6 hingga 19 Ogos lalu.

Ketua JSJ Perak, Datuk Gan Tian Kee berkata, daripada jumlah tangkapan itu, tiga suspek berada dalam senarai individu dikehendaki polis termasuk seorang dikehendaki di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

Menurutnya, kesemua mereka adalah ahli lima kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 04, 30, 08, 21 dan 24 yang dipercayai terbabit dalam kegiatan jenayah kekerasan termasuk bunuh, samun, ugut, dadah serta memiliki senjata berbahaya.

Katanya, polis merampas pedang, parang, kerambit, pisau dan pistol palsu dipercayai digunakan dalam kegiatan jenayah kekerasan yang dilakukan.

"Polis akan melakukan pemantauan serta operasi berterusan untuk menangkap lebih ramai ahli kumpulan kongsi gelap yang menimbulkan kerisauan serta mengancam keselamatan orang awam.

"Selain itu, polis juga sudah mengenal pasti 32 kumpulan kongsi gelap yang bergiat aktif di negeri ini dan akan membanterasnya secara berterusan," katanya dalam sidang media Op Cantas Khas 2, di IPK Perak, hari ini.


Lan Pet Pet Mengamuk Dengan Penguatkuasa


Mazlan Senario (Lan Pet Pet) mengamuk dengan penguatkuasa MPSJ



Khabarnya punca Lan Pet Pet mengamuk sebab kereta kereta kena kunci tayar walupun anak isteri ada dalam kereta. Si penguatkuasa tu pula kata yang si Lan Pet Pet ni tak ada akai (tiada akal). 

Wednesday 24 August 2016

Murid Dicabul Dalam Stor Sekolah


Murid perempuan tahun dua sebuah sekolah rendah di sini dipercayai dicabul dalam stor sekolah sekitar Dungun, kelmarin, 23 Ogos 2016.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Ab Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian itu hanya diketahui ibu murid berkenaan apabila dimaklumkan melalui telefon oleh guru kelas anaknya kira-kira 2.30 petang hari sama.

Katanya, selepas bertanya kepada anaknya mengenai perkara itu, kanak-kanak terbabit memberitahu seorang lelaki tidak dikenali mendukungnya masuk ke bilik stor.

"Anaknya kemudian menjerit menyebabkan lelaki melepaskannya dan melarikan diri.

"Rakaman CCTV (kamera litar tertutup) sekolah menampakkan wajah lelaki berkenaan dan guru kelas anaknya menyuruhnya membuat laporan polis," katanya hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan dijalankan, polis berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu dan kini sedang melancarkan gerakan mengesan dan menangkap suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Kesiksaan kerana mencabul," katanya.

Kanak-kanak Digigit Unta



VIRGINIA - AMERIKA SYARIKAT. Seorang kanak-kanak yang digigit seekor unta pada pada bahagian tangan di sebuah taman safari menerima ganti rugi sebanyak AS$155,000 (RM623,944.75).


Menurut laporan Inside Edition, Madison Holland, 11, terpaksa dirawat selama tiga hari selepas digigit unta milik Taman Safari Viriginia pada Mei 2015.

Menurut peguam Madison, mangsa sedang menaiki kenderaan pelancong ketika kejadian dan tidak cuba untuk memberi makanan kepada unta terbabit.

Ganti rugi terbabit menjelaskan Madison akan menerima AS$10,000 dari taman safari berkenaan apabila usia beliau menginjak 18 tahun.

Madison kemudian akan diberikan AS$1,000 selama 14 tahun selepas beliau berusia 21 tahun.

Sebanyak AS$40,000 pula akan digunakan untuk menampung bil perubatan dan bayaran guaman.


Sunday 21 August 2016

Ibu Mertua Bercinta Dengan Menantunya



Kerana tergoda dengan ibu mertua, menantu sanggup tinggalkan isterinya untuk berkahwin dengan ibu mertuanya. Kisah benar ini berlaku di BIHAR - INDIA. Seorang lelaki berusia 22 tahun sanggup meninggalkan isteri dan mengahwini ibu mertua yang 20 tahun lebih tua daripadanya.


Mohar (kanan) meninggalkan isteri dan mengahwini ibu mertua, Devi (kiri) yang 20 tahun lebih tua daripadanya

Gara-gara mabuk cinta, Suraj Mohar dan Asha Devi, 42, bukan sahaja sanggup meninggalkan pasangan masing-masing untuk bersama, malah mereka sanggup berkahwin meskipun mendapat tentangan keras daripada penduduk di kampung mereka.

Memetik laporan portal antarabangsa, Daily Mail.uk, pasangan itu dikatakan jatuh cinta sejak Mohar yang sakit dijaga oleh Devi di rumah lelaki itu pada tahun lalu.

Apabila Devi pulang ke rumahnya sendiri, Mohar dikatakan sering berhubung dengan ibu mertuanya ibu menerusi telefon, selain turut datang ke rumah menjenguk wanita tersebut.

Hubungan terlarang mereka akhirnya diketahui isteri Mohar dan ayah mertuanya.

Isteri Mohar, Lalita dikatakan memberi amaran kepada ibunya untuk menjauhkan diri daripada Mohar, bagaimanapun kata-kata Lalita tidak diendahkan.

Meskipun menentang keras hubungan Mohar dan Devi, keduanya tidak dapat menghalang hubungan tersebut daripada diteruskan.

Mereka akhirnya berpisah dengan pasangan masing-masing dan dilaporkan kahwin lari setelah mendapat tentangan daripada penduduk kampung itu.

Bagaimanapun, setelah dua bulan berkahwin, pasangan tersebut dilaporkan menyesal dengan hubungan tersebut dan mengakui kesilapan masing-masing.

Kata Mohar, setelah berkahwin dengan Devi, dia tidak boleh menganggap wanita itu sebagai isterinya, sebaliknya Devi hanya mampu dianggap sebagai ibu.

Kesilapan tersebut turut diakui oleh Devi yang juga hanya menganggapnya sebagai menantu.

“Saya anggap dia (Devi) sebagai ibu mertua, tidak boleh beranggapan dan melayannya sebagai isteri saya. Selepas ini saya akan memujuk kembali Lalita kembali ke pangkuan saya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Keduanya dilaporkan memfailkan perceraian mereka di mahkamah sebelum cuba kembali ke pangkuan keluarga masing-masing.


Sunday 14 August 2016

Dicekup Khalwat Bersama Kakak Angkat


Pelajar 14 tahun dicekup khalwat bersama kakak angkatnya 38tahun di sebuah hotel bajet.

MELAKA - Pasangan yang mengaku adik dan kakak angkat antara yang ditahan Bahagian Peguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) di sebuah hotel bajet, awal pagi tadi selepas dipercayai datang ke Melaka untuk bercuti di hujung minggu.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JAIM, Zurul Iman Zakaria berkata, kedua-dua pasangan tersebut yang berasal dari Selangor mengakui datang ke Melaka untuk bercuti.

"Wanita berkenaan yang berusia 38 tahun mengakui masih bujang dan manakala pasangannya 14 tahun lebih muda darinya juga mengaku bujang," katanya.

Menurutnya, pasangan terbabit antara 17 yang ditahan membabitkan individu berusia 18 hingga 38 tahun dalam serbuan di lima hotel di sekitar bandar ini sekitar jam 12 tengah malam hingga 3 pagi itu.

"Kebanyakan pasangan yang dicekup juga datang menaiki motosikal dari Johor, Selangor dan Kuala Lumpur itu berusia 18 hingga 38 tahun.

"Kesemua individu tersebut juga kebanyakannya adalah pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta sekitar Melaka," katanya.

Beliau berkata, semua mereka dibawa balik ke lokap JAIM untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan jaminan.

"Semua mereka ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

"Jika sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali," katanya.

Isteri pelakon dan pelawak dicekup khalwat

Kantoi... Isteri pelakon dan pelawak dicekup khalwat


PETALING JAYA: Pelawak Along Cham meminta agar diberikan sedikit privasi ketika diminta mengulas tentang kejadian isterinya Zila Seeron dilaporkan dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada pagi Sabtu.



Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara berkenaan.

"Saya perlukan privasi," ujarnya ketika menjawab pertanyaan menerusi aplikasi Whatsapp, pada Ahad.

Terdahulu, akhbar melaporkan seorang penyanyi yang juga isteri kepada  seorang pelakon dan pelawak ditahan disyaki berkhalwat di sebuah apartmen teman lelakinya di Bukit Jalil.

Wanita yang juga penyanyi berusia 28 tahun itu ditangkap berkhalwat oleh Jawi dan ditemui bersembunyi di belakang almari di dalam bilik.

Manakala seorang lelaki berusia 30-an yang juga suami orang berada di ruang tamu selepas pintu dipecahkan Jawi.

Ketika serbuan, penguatkuasa Jawi meminta pintu rumah dibuka sebelum seorang lelaki membuka pintu dan menutupnya semula.

Selepas 30 minit menunggu pintu dibuka dan tiada kerjasama daripada pemilik rumah, pintu terpaksa dipecahkan sebelum pemeriksaan dilakukan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan dan jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM2,000 akan dikenakan atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, rumah tangga Along dan Zila dilaporkan sedang berantakan dan pasangan ini sedang di dalam proses perceraian.

Pasangan selebriti itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Ahmad Danial, 5.

Video Isteri pelakon dan pelawak dicekup khalwat



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...