tas tas tas tas
loading...

Wednesday 1 October 2014

Pelajar maut jatuh dari siling


KANGAR - Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini maut selepas terjatuh dari siling dewan sekolah kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Mangsa Muhamad Hakimi Zulkifli berusia 15 tahun itu dikatakan memanjat bahagian siling bangunan dewan tersebut sebelum jatuh pada ketinggian kira-kira 40 kaki.

Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik itu mengalami cedera parah pada bahagian muka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Nordin mengesahkan kejadian.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...