tas tas tas tas
loading...

Thursday 2 October 2014

Didera kerana Curang


Taiping: Hanya disebabkan cemburu buta, seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila dibelasah suaminya menggunakan kayu, wayar elektrik serta wajahnya dicucuh dengan puntung rokok dalam kejadian di rumah mentuanya di Larut Tin Sambungan, di sini, Isnin lalu.

Dalam kejadian jam 6 petang, mangsa berusia 25 tahun terpaksa menanggung azab apabila mukanya melecur akibat tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Yusuf Md Diah berkata, siasatan awal mempercayai suspek berusia 27 tahun mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, tetapi dinafikan wanita berkenaan.

Menurutnya, lelaki terbabit memukul kedua-dua tangan isterinya dengan kayu sebelum mencucuh muka mangsa dengan puntung rokok yang dihisapnya.

“Difahamkan, mangsa acap kali dibelasah suaminya dan dia juga pernah beberapa kali membuat laporan polis, tetapi menarik semula aduan itu tidak lama kemudian kerana simpati dengan nasib anak mereka yang masih kecil jika suspek ditangkap,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Yusuf berkata, wanita itu bagaimanapun dipercayai tidak mampu lagi menanggung penderitaan dan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping, di sini, Isnin lalu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan. HM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...