tas tas tas tas
loading...

Monday 6 October 2014

Pelajar Disula Dengan Pen


Kuala Lumpur: Seorang pelajar lelaki bukan sahaja dibelasah malah duburnya turut dirodok menggunakan pen oleh sekumpulan pelajar yang membulinya secara melampau.

Dalam kejadian jam 3 petang Rabu lalu, mangsa pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah Ampang dibuli empat rakan sebayanya di dalam tandas sekolah berkenaan.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa dikatakan ditarik ke dalam tandas oleh empat rakannya sebelum pintu tandas dikunci.

“Dua suspek kemudian bertindak memegang tangan mangsa dan menutup mulut mangsa manakala seorang lagi suspek bertindak menanggalkan seluar mangsa.


“Mangsa turut ditumbuk di bahagian perut oleh salah seorang suspek yang kemudian bertindak mengeluarkan pen sebelum merodok dubur mangsa. -HM



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...