tas tas tas tas
loading...

Saturday 12 August 2017

Dua pasangan asyik bermadu kasih dicekup



PENDANG - Dua pasangan kekasih yang sedang asyik bermadu kasih di sekitar Taman Rekreasi Pendang, di sini dicekup Penguatkuasa Pejabat Agama Islam daerah Pendang, semalam.

Pegawai Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Pendang, Mohd Hafni Halim berkata, pihaknya melakukan rondaan pada jam 6 petang hingga 7.30 petang, semalam di sekitar pusat rekreasi berkenaan.

"Hasil rondaan, kami menahan dua pasangan, di mana pasangan pertama yang berusia 16 dan 17 tahun diserbu ketika sedang berpelukan di Taman Upin Ipin berhampiran kawasan Kolam Mada," katanya.

"Manakala pasangan kedua, masing-masing berusia 23 tahun diserbu ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah kereta di kawasan sunyi sekitar kolam berkenaan," katanya.

Mohd Hafni berkata, tujuh anggota Penguatkuasa Pejabat Agama Pendang terlibat dalam operasi itu.

"Kesemua yang ditahan akan dipanggil ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan sesi kaunseling.

"Mereka ditahan di bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Kedah 2014 kerana berkelakuan tidak sopan di tempat awam," katanya.

Beliau berkata, masalah ini bukanlah isu baru namun semakin berleluasa setelah wujudnya pusat rekreasi sekitar kolam tersebut.

"Insya-ALLAH pihak kami akan berusaha membanteras gejala sosial seperti ini daripada terus berlarutan," katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/dua-pasangan-asyik-bermadu-kasih-dicekup-1.717231

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...