tas tas tas tas
loading...

Friday 25 August 2017

Anak 15 Tahun Dirogol Bapa



LELAKI yang memperkosa anak kandungnya berusia 15 tahun di Saratok, sejak tiga tahun lalu, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Saratok Deputi Superintendan Mordani Tanin, berkata perintah reman terhadap petani berusia 48 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Saratok, 10 pagi ini.

“Permohonan reman itu membolehkan pasukan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 30 tahun selain sebatan," katanya ketika ditemui.

Semalam, portal berita Harian Metro perbuatan jijik suspek itu terbongkar selepas mangsa mengadu kepada guru kaunseling di sekolahnya berhubung kejadian itu.

Mangsa yang belajar di sekolah agama mendedahkan perbuatan itu kepada guru kaunselingnya, pada 17 Ogos lalu, dan mendakwa tujuh kali dirogol bapanya sejak 2014.

Suspek ditahan di rumahnya oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok, 11 pagi semalam.

Penahanan dilakukan selepas menerima laporan kejadian itu daripada guru kaunseling mangsa.

.........................................................................................................................................................

LELAKI berusia 48 tahun yang didakwa merogol anak kandungnya berusia 15 tahun ditahan polis di rumahnya di Kampung Emplam, Kabong, Betong, hari ini.

Suspek ditahan polis pada jam 11 pagi selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, perkara itu didedahkan mangsa kepada guru kaunselingnya pada 17 Ogos lalu sebelum gurunya membuat laporan polis pagi tadi.

Menurutnya, mangsa mendakwa dirogol suspek sebanyak tujuh kali sejak 2014.

"Mangsa mendakwa pertama kali dirogol sejak berusia 12 tahun di pondok kebun sawit dan selebihnya di rumahnya sendiri," katanya.

Katanya, mangsa kini berada di Hospital Sibu untuk pemeriksaan perubatan.

"Suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...