tas tas tas tas
loading...

Wednesday 27 July 2016

Video2 dan gambar2 Kes Tembak Di Danau Kota Setapak


27 Julai 2016
Seorang lelaki mati ditembak ketika memandu di Danau Kota, Setapak.

Mangsa berusia dalam lingkungan 30-an ditembak dari jarak dekat di sebelah kiri dan kanan keretanya oleh dua individu yang membonceng dua motosikal ketika mangsa berhenti di lampu isyarat di laluan dari arah Danau Kota menuju ke Jalan Genting Klang.

Setakat ini polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti motif awal dan suspek terbabit.

Pada masa ini, suasana di lokasi kejadian agak tegang selepas ahli keluarga mangsa cuba merempuh kawalan dan halangan polis untuk melihat mayat mangsa dikenali sebagai Kanna.

hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pula menunjukkan kenderaan mangsa sedang berhenti di lampu isyarat di lorong paling kanan, sebelum didatangi empat suspek yang menaiki dua buah motosikal.

Dua suspek dilihat terus melepaskan tembakan dari kedua-dua sisi kenderaan, sebelum bergegas meninggalkan lokasi dengan membelok ke satu simpang.













VIDEO  Kes Tembak Di Danau Kota Setapak














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...