tas tas tas tas
loading...

Friday 10 June 2016

Tikam Isteri Kerana Curang



Kota Kinabalu: Seorang lelaki bertindak nekad menikam isterinya dengan pisau selepas mengesyaki wanita terbabit curang dalam kejadian di salun kecantikan, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.20 pagi, mangsa berusia 36 tahun yang juga pekerja salun cedera di dada dan lengan kiri sebelum dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth, di sini, untuk mendapatkan rawatan.

Menurut sumber, sebelum kejadian, suami mangsa berusia 50 tahun muncul di pusat salun dengan membawa beg plastik merah dipercayai mengandungi pisau.

“Berlaku pertengkaran antara mereka sebelum berlanjutan sehingga tolak-menolak.

“Melihat suami semakin hilang sabar, wanita terbabit melarikan diri dan cuba mendapatkan bantuan rakan sekerjanya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...