tas tas tas tas
loading...

Saturday 18 November 2017

Lelaki 63 Tahun Rogol Remaja 15 Tahun


PUTRAJAYA - Seorang lelaki berumur 63 tahun hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan diperintahkan supaya dikenakan 15 sebatan rotan oleh Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak kerana merogol seorang gadis bawah umur.

A. Rahman Mohd Jidon, 63, mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan merogol gadis berusia 15 tahun lapan bulan itu di sebuah apartmen di Petaling Jaya dalam bulan Ogos dan 28 September tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Yong  Zarida Sazali menjatuhi hukuman penjara 18 tahun dan tiga sebatan rotan terhadap A.Rahman bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan supaya dia menjalani hukuman penjara serentak mulai hari ini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.

Dalam rayuannya,  A. Rahman memohon hukuman lebih ringan oleh kerana dia tidak bekerja dan sudah tua.

Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin memohon mahkamah menjatuhi hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada A.Rahman dan masyarakat umum. - Bernama

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/semasa/rogol-lelaki-dipenjara-18-tahun-15-sebatan-1.758832

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...