tas tas tas tas
loading...

Saturday 21 January 2017

Pelajar Rakam Dalam Kain Cikgu

gambar hiasan

Tiga pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di bandar raya ini disiasat polis selepas dipercayai terbabit merakam bahagian dalam kain seorang guru wanita dan mengutip wang jika rakan mahu menonton rakaman itu.


Perbuatan itu dikesan pada Rabu lalu, dua hari selepas rakaman itu dilakukan, apabila seorang guru disiplin sekolah terbabit memaklumkan kepada guru wanita berusia 36 tahun itu mengenai video berdurasi 10 saat itu yang viral dalam kalangan pelajar.

Sekitar jam 8.30 pagi Isnin, ketika guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris itu sedang membalut meja pelajar di kelasnya, pelajar terbabit dipercayai merakam video menggunakan telefon bimbit mereka.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sukri Kaman, berkata berikutan itu, pihak sekolah memanggil semua pelajar tingkatan tiga berkumpul di dewan sebelum mengenalpasti lima pelajar yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan.

"Setakat ini dua dari pelajar terbabit yang dirakam percakapan adalah saksi berhubung kejadian berkenaan manakala selebihnya disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan atas kesalahan berkelakuan biadap dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

"Bagaimanapun segala tindakan disiplin ke atas pelajar itu hanya akan diputuskan oleh pihak sekolah dan bukannya polis," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, sumber memberitahu, kumpulan pelajar yang terbabit merakam video itu mengenakan bayaran kepada pelajar yang ingin melihat video berkenaan sebelum tersebar ke telefon bimbit pelajar lain.

Guru wanita itu membuat laporan polis selepas merasa maruahnya tercabar selain tidak berpuas hati dengan sebahagian ibu bapa pelajar terbabit yang mempersoalkan cara dia berpakaian. Ketika itu guru berkenaan berbaju kurung.

Polis mengenal pasti lima pelajar tingkatan tiga di sekolah menengah di ibu negara yang bertindak merakam dan menyebarkan video bahagian dalam kain baju kurung seorang guru wanita, Isnin lepas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...