tas tas tas tas
loading...

Sunday 2 October 2016

2 Maut Mangsa Amuk


Baling: Seorang lelaki mengamuk sebelum memukul adik dan ibu saudaranya sehingga maut di kediaman mereka di Kampung Lanai, Parit Parit Panjang, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9.50 pagi itu, suspek, 31, dikatakan tiba-tiba mengamuk sebelum memukul adiknya, Muhammad Azuan Wahab, 25, yang lumpuh dengan pengukur kelapa dan kayu di kepala menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, bagaimanapun ibu saudara mereka, Rokiah Abdullah, 52, yang tinggal berhampiran rumah mereka mendengar bunyi bising sebelum datang untuk memeriksa.

"Namun sebaik melihat ibu saudaranya, suspek terus keluar dan memukul kepala wanita dengan bata menyebabkan mangsa terjatuh dan meninggal dunia.

"Selepas mengamuk suspek tidak melarikan diri sebelum kejadian itu disedari ibunya yang kemudian meminta bantuan orang kampung yang kemudian menahan dan mengikatnya di pokok sebelum menghubungi polis,"



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...