tas tas tas tas
loading...

Wednesday 24 August 2016

Murid Dicabul Dalam Stor Sekolah


Murid perempuan tahun dua sebuah sekolah rendah di sini dipercayai dicabul dalam stor sekolah sekitar Dungun, kelmarin, 23 Ogos 2016.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Ab Aziz Wan Hamzah berkata, kejadian itu hanya diketahui ibu murid berkenaan apabila dimaklumkan melalui telefon oleh guru kelas anaknya kira-kira 2.30 petang hari sama.

Katanya, selepas bertanya kepada anaknya mengenai perkara itu, kanak-kanak terbabit memberitahu seorang lelaki tidak dikenali mendukungnya masuk ke bilik stor.

"Anaknya kemudian menjerit menyebabkan lelaki melepaskannya dan melarikan diri.

"Rakaman CCTV (kamera litar tertutup) sekolah menampakkan wajah lelaki berkenaan dan guru kelas anaknya menyuruhnya membuat laporan polis," katanya hari ini.

Menurutnya, hasil siasatan dijalankan, polis berjaya mengenal pasti identiti lelaki itu dan kini sedang melancarkan gerakan mengesan dan menangkap suspek.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Kesiksaan kerana mencabul," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...