tas tas tas tas
loading...

Tuesday 2 December 2014

Video Pencabul Dibelasah Dalam Bas


Situasi dua orang gadis yang dikatakan diserang secara seksual berjaya dirakam oleh seorang penumpang bas di Haryana. Jumaat lalu, Arti dan Pooja Kumar, berusia 22 dan 19, telah dicabul secara lisan dan fizikal oleh tiga lelaki dalam sebuah bas yang sesak minggu lalu dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Rohtak, iaitu sebuah kawasan luar bandar Haryana yang bersempadan dengan New Delhi.

Dua gadis berkenaan, Arati dan Pooja Kumar membelasah sekumpulan pencabul dengan tali pinggang selepas tiada penumpang yang menolong meleraikan kejadian tersebut.

Klip rakaman amatur tersebut yang dirakam oleh seorang wanita yang sedang mengandung telah dimuat-naik ke laman popular Youtube.

Wanita berkenaan memberitahu Times of India bahawa dia juga diserang secara seksual oleh kumpulan lelaki terbabit.

Sementara itu, Arati memberitahu wartawan, kumpulan lelaki berkenaan menyentuh Pooja yang juga adik beliau dan membuat aksi cium.

"Saya beritahu dia supaya jangan kacau atau saya akan ajar dia. Kemudian dia panggil seorang lelaki lain.

"Tidak lama kemudian, seorang lagi rakan mereka menaiki bas ini," katanya.

Tiga lelaki yang terlibat dalam kejadian tersebut telah ditahan dan pemandu bas juga telah digantung kerja kerana gagal mengambil tindakan ketika kejadian berlaku.

Walaupun ramai yang memuji tindakan berani dua mangsa itu, ada sesetengah yang lain di dalam bas itu sekadar mentertawakan insiden tersebut.

"Syabas kepada #RohtakBravehearts. Dan saya benci lelaki-lelaki yang hanya duduk dan tidak berbuat apa-apa dalam insiden tersebut,” kata seorang pengguna Twitter.

‘Braveheart’ merupakan istilah yang digunakan media bagi merujuk kepada gadis berusia 23 tahun yang mati selepas diperkosa beramai-ramai dalam sebuah bas di Delhi pada tahun 2012.

Serangan mengerikan itu telah mencetus kemarahan komuniti antarabangsa, protes jalanan dan juga penilaian semula mengenai layanan terhadap wanita di India.

Sesetengah masyarakat berharap insiden terbaharu itu dapat menjadi inspirasi kepada wanita lain agar bertindak terhadap sebarang jenis gangguan seperti yang sering dialami setiap hari.

Video tersebut menjadi sensasi internet dan disiarkan di televisyen.

Kejadian tersebut memaksa langkah keselamatan diambil untuk memastikan keselamatan wanita di India.

Video Pencabul Dibelasah Dalam Bas



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...