tas tas tas tas
loading...

Thursday 6 November 2014

Berkecai jatuh kondo



Kuala Lumpur: Orang ramai terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki tempatan terbaring mati berlumuran darah di hadapan sebuah kondominium di Damansara Utama di sini.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, mangsa dikenali sebagai Tan Kheng Hua, 47, berasal daripada Kelana Jaya maut akibat kecederaan parah di seluruh badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 10.14 pagi.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati mangsa terjatuh dari tingkat atas kondominium berhampiran.
"Polis masih menyiasat punca kejadian sama ada terdapat unsur jenayah atau mangsa terjun membunuh diri.
"Setakat ini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes kematian mengejut (SDR). Mangsa didapati mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan badan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, orang ramai ataupun ahli keluarga mangsa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. -HM



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...